Kelayakan untuk memegang lesen:
- Mempunyai gaji pokok tidak kurang daripada BND$1,500 bagi Rakyat Tempatan dan BND$2,500 dan jawatan staff sahaja bagi Rakyat Asing.
- Pihak isteri bekerja dengan Kerajaan/ swasta/persendirian.
- Menyediakan bilik yang selesa dan bersesuaian untuk Pembantu Rumahtangga.
- Adanya keperluan yang relevan.
- Salinan dokumen-dokumen yang perlu disertakan untuk : -
(1) LESEN BARU ( MENGISIKAN BUR301 )
- Kad pengenalan pemohon & isteri/suami
- Slip/ Resit pembayaran gaji pemohon dan isteri/ suami
- Butir-butir pendapatan lain seperti penyewaan rumah ( jika ada )
- Sijil pendaftaran syarikat atau Form X ( jika ada )
- Surat kebenaran mendiami rumah atau perjanjian menyewa rumah.
(2) MEMBAHARUI LESEN ( MENGISIKAN BUR302 )
- Slip/Resit Pembayaran Gaji yang terkini Pemohon dan Isteri/Suami
- Surat kebenaran/Pengesahan Penerimaan Pencen
- Butir-butir pendapatan lain seperti penyewaan rumah ( jika ada )Polisi insurans yang masih sah untuk kesemua pekerja yang dijamin
- Slip Pembayaran gaji bagi kesemua pekerja yang dijamin 3 bulan kebelakangan
- Sijil Pendaftaran syarikat atau Form X ( jika ada )
Bagi Rakyat Asing ( Lesen baru dan Membaharui Lesen ) mestilah juga menyertakan salinan dokumen berikut : -
- Surat perjanjian Kontrak antara pemohon dan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
- Surat Perjanjian Kontrak antara pemohon dan majikan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Buruh
- BUR500 atau BUR555 yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Buruh.
(3) TAMBAHAN LESEN ( MENGISIKAN BUR302A )
- Slip/Resit Pembayaran Gaji yang terkini Pemohon dan Isteri/Suami
- Surat kebenaran/Pengesahan Penerimaan Pencen
- Butir-butir pendapatan lain seperti penyewaan rumah ( jika ada )
Salinan lain-lain dokumen :
‘Ante-natal patient’s card’ bagi isteri pemohon yang mengandung.
Surat pengesahan dari pegawai perubatan Kerajaan jika permohonan adalah untuk keperluan menjaga ahli keluarga yang sakit.
Kad Pengenalan ayah/ibu/mertua jika permohonan adalah untuk keperluan menjaga mereka. Ini termasuk juga jika membaharui lesen ( Kebenaran Khas ). |