Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa

Dengan perkembangan kesat globalisasi seluruh dunia, isu–isu perhubungan perindustrian, perlindungan sosial, pekerja asing, hak–hak di tempat kerja, dan keselamatan di tempat kerja dan kesihatan telah menjadi tajuk perbincangan antarabangsa yang penting. Selaku ahli ASEAN, ASEM dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Brunei Darussalam beransur – ansur mengembangkan piawaian perburuhan dan perkerjaan yang selaras dengan “international benchmark of fairness and quality

Negara Brunei Darussalam telah menjadi Ahli ke 180 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organisation, ILO) pada 17 Januari 2007. Tambahan, Negara Brunei Darussalam telah meratifikasi konvensyen C182 Worst Forms of Child Labour pada 9 June 2008.

Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa telah ditubuhkan pada  1 Ogos  2007 dan bertanggungajawab dalam menyelia dan memastikan semua obligasi perburuhan tepat pada masanya dan diuruskan dengan cekap

Fungsi bahagian ini adalah:

  • Mengendalikan semua perhubungan dengan Pertubuhan Perhubungan Antarabangsa dan serantau melalui Mesyuarat / Seminar / Simposium di luar Negara.
  • Menyelaras tindakan–tindakan dalaman yang perlu diambil
  • Memantau akan keseluruhan perihal dan ehwal antarabangsa – International Labour Organisation (ILO)
  • Focal Point’ untuk berhubungan dengan rakan sejawat dari negeri-negeri lain

Organisasi–organisasi antarabangsa yang  berurusan:

  • Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
  • Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)
  • Trans – Pacific Strategic Economic Partnership Agreement (TPP)
  • Non – Align Movement (NAM)
  • Asia – Europe Meeting (ASEM)

Jabatan Buruh terlibat secara aktif dalam mesyuarat antarabangsa seperti berikut:

Mesyuarat - Mesyuarat

Keterangan Ringkas

Persidangan Buruh Antarabangsa
(International Labour Conference - ILC)

Mesyuarat ini pada lazimnya diadakan setiap tahun pada hujung bulan Mei sehingga pertengahan bulan Jun.

 

Mesyuarat Menteri – Menteri Buruh ASEAN
(ASEAN Labour Minister Meeting - ALMM)

Mesyuarat ini diadakan setiap 2 tahun pada bulan Mei. Mesyuarat dilangsungkan selama 2 hari (1 hari bagil ALMM dan 1 hari bagi ALMM+3)

Mesyuarat Pegawai Kanan Buruh
(Senior Labour Officer Meeting - SLOM)

Sebelum 2010 mesyuarat ini diadakan setiap 2 tahun pada bulan Mei. Walaubagaimanapun satu pindaan telah dilaikukan, mesyuarat ini akan diadakan pada setiap tahun dengan menggantikan mesyuarat PrepSLOM

Mesyuarat Pegawai Kanan Buruh – P4
(Senior Labour Officer Meeting - SLOM – P4)

Mesyuarat ini diadakan setiap tahun semasa Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) secara ‘’Back to Back’. Ahli – ahli yang menghadiri mesyuarat ini adalah Negara Brunei Darussalam, Singapore, Chile dan New Zealand.

Mesyuarat Pegawai Kanan Buruh
(Senior Labour Officer Meeting – Working Group - SLOM –WG)

Mesyuarat ini lazimnya diadakan pada setiap tahun pada bulan September.

ASEAN Committee for Migrant Workers
(ACMW Meeting)

Mesyuarat ini diadakan pada setiap tahun. Pihak ASEAN Sekretariat akan memaklumkan kepada Negara – Negara ASEAN bila ianya akan dilangsungkan

Asia – Europe Meeting
(ASEM)

Pada lazimnya mesyuarat ini diadakan setiap 2 tahun pada bulan November / Disember.

ILO / Korea Fellowship Training Programme
(KOSHA)

Program latihan KOSHA merupakan bengkel yang dikendalikan oleh ILO dan KOREA Occupational Safety and Health Agency. Program latihan ini lazimnya diadakan pada bulan June setiap tahun.

Japan International Safety and Health Association (JISHA)

Bengkel ini lazimnya diadakan setiap tahun pada bulan Disember / Januari.

ASEAN OSH-NET Coordinating Board Meeting
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerja di rantau ASEAN. Ia diadakan sekali dalam setahun.
SLOM-WG HIV/AIDS
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan projek-projek ataupun program-program di jalankan bawah ALMM Work Program.
 
 
Link Ke Bahagian-Bahagian