Arkib Berita
Acara Terkini
Aduan
Perkhidmatan Kaunter
Isnin hingga Khamis dan Sabtu
8.00 pagi - 11.30 pagi
2.00 petang - 3.30 petang
Hubungi

Jabatan Buruh
Jalan Menteri Besar,BS3910
Negara Brunei Darussalam

Talian: 2383006
Talian Faks: 2383244

Emel:
info.buruh@buruh.gov.bn

* Borang Maklumbalas

Links
BANCI TAHUNAN MAJIKAN/PEKERJA, KADAR GAJI PENDAPATAN DAN JAM-JAM BEKERJA BAGI TAHUN 2011

Jabatan Buruh melalui Bahagian Kajian dan Perangkaan sukacita memaklumkan kepada semua majikan di Negara Brunei Darussalam bahawa Banci Majikan/ Pekerja, Kadar Gaji Pendapatan Dan Jam-Jam Bekerja bagi tahun 2011 telahpun bermula.

Sehubungan dengan itu, Jabatan ini memohon kerjasama majikan-majikan supaya akan dapat memberikan maklumat-maklumat para pekerja (tempatan dan asing) di bawah tanggungan mereka yang masih berkhidmat sehingga/ pada 30hb Oktober 2011 ini seperti yang diperlukan di dalam Borang Banci Tahunan Majikan/ Pekerja.

Borang-borang mestilah diisikan dengan lengkap dan dihantar berserta dengan salinan lesen buruh (yang berkenaan sahaja) sebelum 30hb November 2011 ke Bahagian Kajian dan Perangkaan ataupun di cawangan Pejabat Buruh di daerah-daerah yang berdekatan pada waktu pejabat. Bagi majikan-majikan yang menggunakan CD-R hendaklah mengembalikannya berserta dengan cetakan borang yang telah lengkap diisikan. Borang-borang yang tidak lengkap tidak akan diterima.

Banci yang dijalankan ini adalah dimestikan kepada semua majikan untuk memberikan maklumat-maklumat para pekerja dibawah tanggungan mereka ke Jabatan Buruh seperti yang telah diperuntukan dibawah Bab 3(1) Akta Maklumat Pekerjaan 1974, Penggal 99. Walau bagaimanapun, majikan yang menggaji pekerja asing bagi tujuan perkhidmatan rumahtangga persendirian (amah) adalah dikecualikan daripada banci ini. Manakala Syarikat yang sudah tidak beroperasi atau ditutup hanya dikehendaki untuk memberi makluman bertulis ke Jabatan ini tentang kedudukan berkenaan sebelum tarikh akhir borang dikembalikan.

Oleh yang demikian, mana-mana majikan yang belum lagi mendapat borang hendaklah mendapatkan borang baru banci dengan segera pada waktu pejabat di alamat berikut:

Bahagian Kajian dan Perangkaan
Tingkat 5, Jabatan Buruh
Bangunan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
Jalan Menteri Besar

atau;

Cawangan-Cawangan Pejabat Buruh Daerah

Adalah diingatkan kepada semua majikan bahawa dibawah Bab 8, Akta Maklumat Pekerjaan 1974, Penggal 99, barangsiapa yang gagal menghantar maklumat ini sebelum atau pada 30hb November, jika sabit kesalahan boleh didenda sebanyak Dua Ribu Lima Ratus Ringgit ($2,500.00) dan penjara enam (6) bulan dan jika ianya berterusan boleh didenda sebanyak Lima Puloh Ringgit ($50.00) sehari.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Kajian dan Perangkaan melalui nombor telefon 2383006 samb. 5301/ 5302/ 5303/ 5304 dan 5305.

Link untuk memuat turun BORANG BANCI MAJIKAN/PEKERJA

ANNUAL CENSUS OF EMPLOYERS’/EMPLOYEES’ WAGES, EARNING AND HOURS OF WORK FOR THE YEAR 2011

The Department of Labour through the Research and Statistics Section wishes to inform employers that the annual census of employers and employees on wages, rate of earning and working hours for the year 2011 has started.

In this regard, the department would like to request for the employer’s kind assistance in providing the relevant information of their workers (local and foreign) working under their company until/ as of 30 October 2011 according to what is needed in the Labour Census Form.

All completed forms, must be returned with copy of the license or labour quota ‘for appropriate only’ to the Research and Statistics Section or to any of the Department’s district branches before 30th November 2011. For those who are using the CD-R, it should be returned with a completed forms printout. Incomplete forms will not be accepted.

The annual census of employers and employees under Section 3 (1) of the Employment Information Act 1974, Chapter 99 are required to any employer to submit the particulars and information of their employees to the Labour Department except for those who are employing domestic helpers or ‘amah’. For those companies which have ceased operations or inactive, will only required to inform in writing on the situation of their company before or on the stated date.

Employers who have not obtained their forms are required to collect new format form immediately during office hours at the address below:

Survey and Statistics Division
5th Floor, Labour Department
Immigration and National Registration Building
Jalan Menteri Besar

or;

Labour Department’s District Branches

Under Section 8 of the Employment Information Act 1974, Chapter 99, any employer, who without any lawful excuse, wilfully refuses or neglects to furnish the particulars or information required within the time allowed, if found guilty the penalty will be a fine of B$2,500 and imprisonment for 6 months, and in the event of a continuing offence a further fine of B$50 shall be imposed per day.

For enquiries, please contact Research and Statistics Section, Labour Department at telephone number 2383006 Ext. 5301/ 5302/ 5303/ 5304 and 5305.

KUNJUNGAN HORMAT ROMBONGAN
DARIPADA  PERTUBUHAN PERBURUHAN ANTARABANGSA
(INTERNATIONAL LABOUR ORGANISATION)
KE JABATAN BURUH , KEMENTERIAN HAL EHWAL  DALAM NEGERI

JABATAN BURUH, 11 Mei 2011- Rombongan seramai 6 orang  daripada Pertubuhan Perburuhan Antarabangsa telah membuat Kunjungan Hormat ke Jabatan Buruh, Jalan Menteri Besar Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri , Negara Brunei Darussalam. 

Rombongan diketuai oleh Ms. Sachiko Yamamoto, Pengarah Pejabat Asia Pasifik Pertubuhan Perburuhan Antarabangsa. Kunjungan hormat berkenaan dialu-alukan oleh Pemangku Pesuruhjaya Buruh Awang Ramlee Bin Haji Jamudin.

Semasa kunjungan singkat berkenaan, pihak rombongan sempat membuat perjumpaan dan perundingan  bersama Pemangku Pesuruhjaya Buruh,  ketua-ketua bahagian di Jabatan Buruh, perwakilan daripada pihak kerajaan iaitu Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi,  perwakilan daripada  syarikat swasta  Brunei Shell Petroleum, Serikandi Restoran, Syarikat Haji Adinin & Anak-Anak dan Persatuan Perniagaan Melayu Brunei.

Semasa kunjungan berkenaan pihak  rombongan  sempat menerangkan  latar belakang struktur Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) baru di Asia Pasifik, maklumat tentang tugas ‘Partnership Unit’ di pejabat tersebut, isu-isu yang berbangkit  daripada Ratifikasi Konvensyen  ILO ‘minimum age’ (C.182) persediaan Brunei Darussalam untuk persidangan Buruh Antarabangsa ke 100, strategi-strategi untuk menguruskan maklumat pasaran perburuhan dan keperluan Brunei Darussalam untuk meningkatkan kapasiti.

Selain itu juga pihak rombongan ingin mengetahui keperluan dan perancangan dimasa hadapan Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Kunjungan singkat disebelah pagi berkenaan berakhir kira-kira jam 12.30 tengahhari.
ACARA SUKAN RIA ANTARA SYARIKAT

JABATAN BURUH, 22 Mei 2011 - Pada tahun ini Jabatan Buruh sekali lagi mengadakan Acara Sukan Ria Antara Syarikat yang beroperasi di negara ini. Tujuan acara sukan ini diadakan ialah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara majikan-majikan dan pekerja-pekerja. Sukan Ria yang dimaksudkan ialah mendaki bukit ‘hiking’ yang mengambil tempat di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar, Jerudong bermula 6.45 pagi.

Tetamu Kehormat Sukan Ria berkenaan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin Bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri disertai oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Buruh, pegawai-pegawai dan kakitangan setiap jabatan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sebelum Sukan Ria dimulakan , senamrobik untuk memanaskan badan diadakan. Seramai lebih kurang 500 orang telah ikut serta di acara tersebut.

JERAYAWARA CUTI BERANAK 2011
BAGI PEKERJA-PEKERJA DI SEKTOR SWASTA

JABATAN BURUH, Mei 2011 - Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat kepada para majikan dan pekerja-pekerja bagi Rakyat dan Penduduk Tetap disektor swasta di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Buruh telah menganjurkan Majlis Jerayawara Peraturan Cuti Beranak 2011 di ke empat-empat daerah, bermula di Daerah Belait pada 12 Mei 2011.

Peraturan Cuti Beranak 2011 telah mendapat titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, mula dikuatkuasakan pada Januari 2011 lalu.

Taklimat disampaikan oleh Penolong Pesuruhjaya Buruh, Awang Shariful Bahri Bin Haji Sawas, Ketua Bahagian Pendakwaan dan Perundangan. Turut hadir semasa taklimat berkenaan ialah Pemangku Pesuruhjaya Buruh, Awang Ramlee Bin Haji Jamuddin.

Isi kandungan dalam taklimatnya itu antara lain menerangkan mengenai beberapa perkara penting termasuk syarat kelayakan bagi peraturan tersebut adalah terdiri daripada pekerja-pekerja rakyat dan penduduk tetap, yang berdaftar di bawah Tabung Amanah Pekerja (TAP) mestilah berkhidmat dengan majikan selama 180 hari dan keatas (Bab 91 (3) Perintah Pekerjaan 2009) dan pekerja wanita yang berkahwin sah dari segi undang-undang (Perintah Pekerjaan 2009).

Disamping itu turut diterangkan ialah mengenai dengan tempoh keseluruhan Cuti Beranak bagi Rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang bekerja di sektor swasta adalah selama 15 minggu (105 hari) dan hendaklah diambil dua (2) minggu sebelum tarikh dijangka beranak. Sementara bagi pekerja-pekerja yang lain adalah tertakluk di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

Majikan perlulah membuat pembayaran gaji pekerjanya terlebih dahulu bagi tempoh lima (5) minggu tersebut dan kemudiannya membuat tuntutan pembayaran balik kepada pihak kerajaan. Tempoh cuti dua (2) minggu selebihnya adalah secara Cuti Tidak Bergaji. Pengesahan Cuti sakit dan Cuti Beranak mestilah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

Majikan yang didapati bersalah melanggar Peraturan dibawah Bab 102, Perintah Pekerjaan 2009 yang tidak membayar pekerja perempuannya menurut peruntukan tersebut atau melanggar Bab 98 iaitu Pemecatan Semasa Cuti Bersalin, majikan boleh didenda tidak melebihi $1,000.00, penjara tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.