Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

KELAYAKAN CUTI SAKIT BAGI PEKERJA SEKTOR SWASTA

Khamis, 8 Syaaban 1441H bersamaan 02 April 2020M


Berikutan kenyataan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di Sidang Media pada 1hb April 2020 berhubung dengan kelayakkan cuti sakit bagi pekerja yang belum mencapai 6 bulan berkhidmat dengan majikannya. Jabatan Buruh dengan ini ingin memberikan penjelasan lanjut berikutan daripada kenyataan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri seperti berikut: - 

Seperti yang dinyatakan di bawah Bab 72, Perintah Pekerjaan 2009, kelayakan cuti sakit bergaji bagi seorang pekerja mestilah berkhidmat sekurang-kurangnya 06 bulan perkhidmatan dengan majikan nya selepas menjalani pemeriksaan kesihatan atas perbelanjaan majikan dan disahkan oleh pengamal perubatan yang diiktiraf.

Kelayakan cuti sakit bergaji tidak melebihi pada keseluruhannya seperti berikut:

(a)       14 hari dalam setiap tahun jika tidak perlu dimasukkan ke hospital; atau

(b)       60 hari dalam setiap tahun jika perlu dimasukkan ke hospital.


Dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan dengan pindaan kepada Bab 72 Perintah Pekerjaan 2009, kelayakan cuti sakit bagi seorang pekerja mestilah berkhidmat dan mencapai sekurang-kurangnya 01 bulan perkhidmatan dengan majikannya. Sehubungan dengan ini, sukacita memperingatkan kepada orang ramai khasnya majikan dan pekerja terhadap perkara-perkara berikut:

  1. Perubahaan ini adalah berbentuk sementara mengambilkira kepentingan orang awam atau public interest ; dan
  2. Berkuatkuasa bermula 9hb Mac 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, yang mana tertakluk kepada situasi wabak COVID-19;

Jabatan Buruh dengan ini mengambil kesempatan untuk memaklumkan orang ramai bahawa Perintah kuarantin atau pengasingan diri yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan adalah ditakrifkan sebagai cuti sakit. Dari itu Jabatan ini ingin menasihatkan pihak majikan boleh menggunakan jumlah cuti sakit bergaji seperti yang dinyatakan di atas.

 

Untuk makluman lanjut, orang ramai khasnya para majikan boleh menghubungi di talian 2381848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja bekerja) atau layari lama sesewang di www.labour.gov.bn .

 

-TAMAT-



Jabatan Buruh

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Negara Brunei Darussalam

 

08 Syaaban 1441H/ 02 April 2020M





Attachments