> Pentadbiran dan Kewangan
> Tenaga Pekerja Asing
> Pampasan Pekerja
> Kajian dan Perangkaan
> Penguatkuasaan Undang - Undang
> Hal Ehwal Antarbangsa
> Teknologi Maklumat
> Piawaian Perburuhan
> Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan
> Pendakwaan Perundangan
> Perancangan dan Penyelidikan
Cawangan Belait
> Cawangan Tutong
> Cawangan Temburong
Bahagian Pampasan, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan       
Unit ini berfungsi bagi menyelaras pembayaran tuntutan pampasan seperti kehendak Akta Pampasan Pekerja, 1957.

APAKAH PEMBAYARAN PAMPASAN?

Pembayaran Pampasan Pekerja adalah pembayaran ganti rugi kerana kehilangan pendapatan kepada pekerja yang mendapat kecederaan disebabkan kemalangan sewaktu bekerja.

SIAPAKAH YANG BERHAK MENDAPAT PAMPASAN?

Pekerja mempunyai hak untuk menuntut pembayaran pampasan. Pekerja yang mempunyai hak ini adalah seperti yang disebutkan didalam Akta Pampasan Pekerja Bab 21(1) yang menyatakan:

‘Pekerja’ ialah seorang yang ada perjanjian pekerjaan sama ada secara buruh kasar atau sebaliknya dengan majikan siapa yang berkhidmat dalam:

Buruh kasar tidak kira jumlah pendapatannya dalam sebulan atau,

 

Bukan buruh kasar dengan pendapatan tidak melebihi dari $750.00

 

 

PERLINDUNGAN INSURANS

Setiap majikan mestilah melindungi pekerjanya dengan insuran seperti kehendak Akta Pampasan Pekerja, Bab 27(1) dan jika gagal adalah melakukan satu kesalahan, boleh dikenakan denda $4,000 dan tiga (03) bulan penjara.

MELAPORKAN KEMALANGAN

Setiap majikan adalah dimestikan untuk melaporkan secara bertulis jika berlakunya sebarang kemalangan keatas pekejanya seperti kehendak Akta Pampasan Pekerja, Bab 13 dan jika gagal adalah menjadi satu kesalahan dimana majikan boleh dikenakan denda sebanyak $4,000.

APAKAH PROSES TUNTUTAN PAMPASAN?

Pendaftaran di Bahagian Pampasan, Keselamatan dan Kesihatan Cara Kerja.

 

Pekerja diarahkan untuk menjalani pemeriksaan di rumah sakit kerajaan.

 

Perkiraan akan dibuat berasaskan laporan dari doktor berhubung pemeriksaan berkenaan; dan

 

Pembayaran pampasan akan dibuat dihadapan Pegawai Jabatan Buruh.