Tatacara Pengambilan Pekerja Asing

Acara Terkini
Aduan
Perkhidmatan Kaunter
Isnin hingga Khamis dan Sabtu
8.00 pagi - 1130 pagi
2.00 petang - 3.30 petang
Hubungi

Jabatan Buruh
Jalan Menteri Besar,BS3910
Negara Brunei Darussalam

Talian: 2383006
Talian Faks: 2383244

Emel:
info.buruh@buruh.gov.bn

* Borang Maklumbalas

Links

Permohonan Pas Kerja

Permohonan yang dihadapkan adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut :

  • Menepati syarat-syarat permohonan yang ditetapkan

  • Pekerja Asing yang dipohonkan mempunyai kelayakan atau pengalaman kerja yang bersesuaian dalam jawatan yang dipohonkan

  • Jawatan yang dipohonkan tidak dapat diisikan oleh anak tempatan
  • Memastikan adanya peluang-peluang peralihan kemahiran dari pekerja asing kepada anak tempatan dengan cara kebenaran tersebut ditiadakan dan diganti oleh anak tempatan
  • Salah satu cabang pengawalan dalam kemasukan pekerja asing supaya sentiasa menepati tahap keperluan Negara
     

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Majikan mestilah mempunyai Surat Kebenaran / Lesen Pengambilan Pekerja Asing

  2. Surat Kebenaran / Lesen Pengambilan Pekerja Asing masih sah sekurang-kurangnya tiga (03) bulan dari tarikh menghadapkan permohonan

  3. Umur Pekerja Asing adalah dalam lingkungan 18 - 55 tahun

  4. Telah membayar Wang Taruhan ( Deposit ) atau Jaminan Bank ( Bank Guarantee ) sepertimana yang dipersyaratkan mengikut jumlah pekerja dan peratusan.
     

TATACARA PERMOHONAN

(1) PERMOHONAN BUR 500 ( BARU )

  • Dibuat dalam dua (02) salinan

  • Ditandatangani dan mempunyai cop asal syarikat di tiap-tiap salinan

  • Satu (01) keping gambar pekerja
  • Salinan Surat Kebenaran / Lesen yang ada cop Jaminan Bank
  • Telah membayar Wang Taruhan
  • Salinan Lesen Rampaian ( Jika Perlu )
  • Salinan dokumen projek bagi kegiatan pembinaan
  • Salinan dokumen seperti sijil kelayakan, surat pengalaman kerja dan lain-lain bagi menyokong permohonan.
     

(2) PERMOHONAN BUR 555 ( MEMBAHARUI )

  • Dibuat dalam dua (02) salinan

  • Ditandatangani dan mempunyai cop asal syarikat di tiap-tiap salinan

  • Salinan lengkap paspot pekerja

  • Salinan Surat Kebenaran / Lesen yang ada cop Jaminan Bank

  • Salinan Lesen Rampaian ( Jika Perlu )

  • Salinan dokumen projek bagi kegiatan pembinaan.
     

(3) PERMOHONAN PERTUKARAN KONTRAK

  • Jawatan yang dipohonkan dalam kategori yang sama dan sebanding

  • Perkhidmatan dengan majikan sekarang mencapai tempoh 1 tahun atau lebih

  • Surat tiada halangan atau persetujuan dari majikan sekarang dan majikan yang akan menggaji

  • Salinan BUR555 dan kontrak perkerjaan yang masih sah
  • Salinan resit atau 'voucher' gaji tiga (03) bulan kebelakangan
  • Salinan Surat Kebenaran / Lesen bagi kedua-dua majikan
  • Tiga (03) keping setem $1.00
 
 
* Link ke Bahagian Tenaga Pekerja Asing

MAKLUMAN:
Borang-borang boleh didapati dan di hantar ke kaunter Tingkat 4, Bahagian Tenaga Pekerja Asing, Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri.