Bahagian Penguatkuasaan Undang - Undang

Fungsi utama Bahagian ini adalah Menguatkuasakan Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan yang dikuatkuasakan  oleh Jabatan Buruh.Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan Buruh adalah satu Bahagian yang juga bertanggungjawab bagi menyelesaikan pertikaian perburuhan di antara pekerja dan  juga majikan. Antara lain peranan Bahagian ini juga adalah Mencegah dan juga Mengambil tindakan ke atas Penyalahgunaan Lesen Pengambilan Pekerja Asing.

KUASA UNTUK MEMASUKI, MEMERIKSA DAN MENYIASAT

Dibawah BAB 118, Perintah Pekerjaan 2009,Pesuruhjaya dan mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh –

  • Memasuki dan memeriksa, tanpa memberikan notis terlebih dahulu pada bila-bila masa pada waktu siang atau malam –
  • Mana-mana tempat jika dia mempunyai sebab yang menasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana pekerja tinggal atau digaji; atau
  • Mana-mana bangunan yang diduduki atau digunakan bagi sebarang maksud yang berhubungkait dengan penggajian itu; dan
  • Membuat sebarang siasatan yang dianggapnya perlu berkenaan dengan apa-apa perkara dalam peruntukan-peruntukan Perintah itu.
  • MISI BAHAGIAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG ( LED ) ADALAH UNTUK  :-
  • Mengekalkan suasana harmoni di kalangan majikan dan pekerja.
  • Menjadi orang tengah ( Mediator ) bagi penyelesaian konflik atau pertikaian di antara majikan dan pekerja ke tahap sebelumnya.
  • Sentiasa membuat pemantauan terhadap kilang-kilang dan perusahaan-perusahaan besar bagi mengelakkan tercetusnya pertikaian pekerja.
  • Satu bahagian yang berperanan memperbetulkan dan mengambil tindakan ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh majikan yang didapati semasa operasi dijalankan dengan tindakan yang sesuai dengan kesalahan mengikut Undang-Undang dan Peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan
  • Tempat membuat aduan/rujukan bagi majikan dan pekerja jika menghadapi masalah perburuhan.
  • Membuat siasatan terhadap isu-isu perburuhan dan konflik diantara majikan dan pekerja yang berkaitan dengan isu-isu perburuhan.
  • UNIT-UNIT DI DALAM BAHAGIAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DIBAHAGIKAN KEPADA 3 UNIT :-
  • Unit Pengaduan(Pertikaian Pekerja) dan Siasatan
  • Unit Perisikan dan Pemulangan
  • Unit Operasi

Unit Pengaduan (Pertikaian Pekerja) dan Siasatan

Menjalankan tugas-tugas menerima aduan majikan / pekerja dan bertanggungjawab menyiasat serta menyelesaikan secara rundingan damai
( conciliation ) masalah aduan pekerja-pekerja mengenai dengan isu-isu perburuhan dan berperanan sebagai orang tengah
( Mediator ) diantara pihak majikan dan pekerja. Dan jika kes secara runding damai
( conciliation ) tidak selesai maka kes ini dibawa ke Mahkamah untuk dibicarakan.

Unit Operasi

Menjalankan operasi-operasi terhadap kegiatan-kegiatan syarikat dan majikan amah yang bertentangan dengan Perintah Pekerjan 2009.

Diantara kegiatan-kegiatan yang dijalankan pemeriksaan spot check oleh  Unit operasi :-

  • Tempat Perniagaan yang dipercayai Penempatan pekerja bertentangan dengan alamat yang dibenarkan di dalam lesen.
  • Tempat Perusahaan yang dipercayai adMenggaji pekerja asing tanpa Lesen Pengambilan Pekerja Asing.
  •  Tempat Perusahaan/Kegiatan yang dipercayai Pekerja Amah / Pemandu Rumahtangga Persendirian terlibat didalam perniagaan
  • Menjalankan kegiatan tidak selaras dengan perusahaan di dalam Lesen Pengambilan Pekerja Asing.
  • Menggaji pekerja-pekerja jaminan syarikat lain atau jaminan amah / pemandu persendirian.
  • Maklumat orang ramai tentang kesalahan-kesalahan perburuhan.
  • Kegiatan-kegiatan yang meragukan.
  • Perumahan pekerja-pekerja asing.
  •  Penempatan pekerja-pekerja binaan yang tidak menentu.
  • Memastikan penggunaan pekerja-pekerja asing selaras dengan Perintah Pekerjaan 2009.
Unit Perisikan dan Pemulangan
  1. Diantara kes-kes yang dipastikan pemulangan pekerja-pekerja adalah :-
  • Kes kegagalan membayar gaji
  • Pekerja-pekerja yang didapati disalahgunakan dan bekerja sendiri ( Freelancer ) semasa operasi dijalankan.
  • Syarikat-syarikat yang memohon dibatalkan Lessen Pengambilan Pekerja Asing dan pekerja-pekerja dipastikan pulang dengan menggunakan wang taruhan tunai atau menggunakan bankers guarantee.
 
 
Link Ke Bahagian-Bahagian