Tatacara penerimaan borang permohonan Lesen Baru, Tambahan dan Membaharui pada masa ini adalah :
- Dilaksanakan di kaunter oleh Penolong Pemeriksa Buruh
- Borang permohonan diterima seterusnya pemohon ditemuduga
- Bagi permohonan baru, pemeriksaan tempat perniagaan/perusahaan akan dijalankan dalam tempoh seminggu dari tarikh permohonan diterima
- Bagi permohonan tambahan/membaharui, pemeriksaan adalah atas arahan Urusetia Lesen
Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama setiap permohonan Lesen :
- Borang bagi Permohonan Lesen Baru Syarikat
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan kad Pengenalan / Paspot ( Rakan Kongsi )
- Salinan Sijil Pendaftaran Borang X / 16 & 17 ( Company Registration 16/17 )
- Salinan Projek-Projek/ Perjanjian Kerja yang dibuat pada masa ini yang ada menunjukkan :-
- Nama Projek
- Harga Projek
- Bila Projek Dimulakan
- Bila Projek tersebut dijangka siap
- 1 set – Gambar berukuran 3R pandangan hadapan, belakang, kanan dan kiri serta pandangan sebelah bagi setiap tempat/ projek/ tempat perniagaan yang dijalankan pada masa ini.
- Senarai Pekerja Tempatan
- Senarai Pekerja Asing mengikut jawatan dan negeri
- Salinan Perjanjian Penyewaan ( Tenancy Agreement ) bagi Pejabat/ Tempat Perniagaan/ Perusahaan
- Gambar Rajah ( Floor Plan Layout ) bagi Pejabat/ tempat perniagaan.
Dokumen-dokumen lain yang perlu disertakan (Jika Berkenaan) :
- Salinan Lesen Rampaian yang masih sah. Jenis-Jenis perusahaan yang memerlukan Lesen Rampaian adalah seperti berikut:-
- Kedai Makan dan Minum ( Restoran );
- Gerai Makan dan Minum;
- Restoran Makanan Segera ( Fast Food );
- Kantin Pejabat, Sekolah dan Lain-Lain;
- Kedai Jahit;
- Kedai Gunting Rambut Lelaki/ Perempuan;
- Kedai Runcit; Kedai Dhobi;
- Tempat Penjualan Kayu Papan;
- Bengkel Kereta/ Penghawa Dingin;
- Bengkel Perabot;
- Stesen Minyak;
- Agensi Pelancongan dan lain-lain.
- Bagi perusahaan pengangkutan kenderaan salinan blue card/ Permit daripada Jabatan Pengangkutan Darat hendaklah disertakan bersama.
- Sijil Pendaftaran di Kementerian Pembangunan / atau Kementerian Perhubungan bagi jenis perusahaan seperti pembinaan, pendawaian & cable laying dan sebagainya.
- Salinan-salinan surat kebenaran daripada Jabatan-Jabatan berkenaan hendaklah disertakan bersama bagi perusahaan-perusahaan seperti berikut :-
- Pertanian ;
- Perikanan ;
- Perhutanan ;
- Kiriman Wang Pertukaran Wang Asing dan Katering.
|