> Pentadbiran dan Kewangan
> Tenaga Pekerja Asing
> Pampasan Pekerja
> Kajian dan Perangkaan
> Penguatkuasaan Undang - Undang
> Hal Ehwal Antarbangsa
> Teknologi Maklumat
> Piawaian Perburuhan
> Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan
> Pendakwaan Perundangan
> Perancangan dan Penyelidikan
Cawangan Belait
> Cawangan Tutong
> Cawangan Temburong
Tenaga Pekerja Asing  

A. Urusetia Lesen

Unit Urusetia Lesen bertanggungjawab untuk memberikan lesen kepada setiap majikan yang telah mendaftar bagi mendapatkan lesen mengambil pekerja asing dengan sokongan dari Pesuruhjaya Buruh. Setiap majikan yang ingin mendatangkan pekerja asing ke Negara ini hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya Buruh dengan memohonkan Lesen Pengambilan Pekerja Asing ( Kuota ) di bawah Bab 118, Akta Buruh 1954 ( Pindaan 1984 ).
 

TATACARA PENGAMBILAN LESEN PEKERJA ASING
    
Tatacara penerimaan borang permohonan Lesen Baru, Tambahan dan Membaharui pada masa ini adalah :

  • Di laksanakan di kaunter oleh Penolong Pemeriksa Buruh

  • Borang permohonan diterima seterusnya temuduga dijalankan pada hari yang sama
  • Bagi permohonan baru, pemeriksaan tempat perniagaan/perusahaan akan dijalankan dalam tempoh seminggu dari tarikh permohonan diterima
  • Bagi permohonan tambahan/membaharui, pemeriksaan adalah atas arahan Urusetia Lesen
     

   Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama setiap permohonan Lesen :

  1. Borang bagi Permohonan Lesen Baru Syarikat

  2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon

  3. Salinan kad Pengenalan / Paspot ( Rakan Kongsi )
  4. Salinan Sijil Pendaftaran Borang X / 16 & 17 ( Company Registration 16/17 )
  5. Salinan Projek-Projek/ Perjanjian Kerja yang dibuat pada masa ini yang ada menunjukkan :-
     
    • Nama Projek

    • Harga Projek
    • Bila Projek Dimulakan
    • Bila Projek tersebut dijangka siap
       
  6. 1 set – Gambarberukuran 3R pandangan hadapan, belakang, kanan dan kiri serta pandangan sebelah bagi setiap tempat/ projek/ tempat perniagaan yang dijalankan pada masa ini.

  7. Senarai Pekerja Tempatan

  8. Senarai Pekerja Asing mengikut jawatan dan negeri
  9. Salinan Perjanjian Penyewaan ( Tenancy Agreement ) bagi Pejabat/ Tempat Perniagaan/ Perusahaan
  10. Gambar Rajah ( Floor Plan Layout ) bagi Pejabat/ tempat perniagaan.


     Dokumen-dokumen lain yang perlu disertakan ( Jika Berkenaan ) :

  • Salinan Lesen Rampaian yang masih sah. Jenis-Jenis perusahaan yang memerlukan Lesen Rampaian adalah seperti berikut :-

Kedai Makan dan Minum ( Restoran ); Gerai Makan dan Minum; Restoran Makanan Segera ( Fast Food ); Kantin Pejabat, Sekolah dan Lain-Lain; Kedai Jahit; Kedai Gunting Rambut Lelaki/ Perempuan; Kedai Runcit; Kedai Dhobi; Tempat Penjualan Kayu Papan; Bengkel Kereta/ Penghawa Dingin; Bengkel Perabot; Stesen Minyak; Agensi Pelancongan dan lain-lain.

  • Bagi perusahaan pengangkutan kenderaan salinan blue card/ Permit daripada Jabatan Pengangkutan Darat hendaklah disertakan bersama.

  • Sijil Pendaftaran di Kementerian Pembangunan / atau Kementerian Perhubungan bagi jenis perusahaan seperti pembinaan, pendawaian & cable laying dan sebagainya.

  • Salinan-salinan surat kebenaran daripada Jabatan-Jabatan berkenaan hendaklah disertakan bersama bagi perusahaan-perusahaan seperti berikut :-

Pertanian ; Perikanan ; Perhutanan ; Kiriman Wang Pertukaran Wang Asing dan Katering.
 

MAKLUMAN:
Borang-borang boleh didapati dan di hantar ke kaunter Tingkat 4, Bahagian Tenaga Pekerja Asing, Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri.

TPOR bagi kebenaran pengambilan Pekerja Asing

JENIS KEBENARAN

HARI

BARU

25 HARI BEKERJA

MEMBAHARUI

21 HARI BEKERJA

TAMBAHAN

21 HARI BEKERJA

 

B. Pas Kerja

Unit Pas Kerja merupakan sebuah unit di dalam Bahagian Tenaga Pekerja Asing. Fungsi Unit ini memproses dan mengeluarkan Sokongan Pas Kerja ( BUR500/ BUR555/PERTUKARAN KONTRAK ) bagi majikan di sektor swasta yang hendak menggaji pekerja asing.
 

    Permohonan yang dihadapkan adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut :

  • Menepati syarat-syarat permohonan yang ditetapkan

  • Pekerja Asing yang dipohonkan mempunyai kelayakkan atau pengalaman kerja yang bersesuaian dalam jawatan yang dipohonkan

  • Jika jawatan yang dipohonlam tidak dapat diisikan oleh anak tempatan
  • Memastikan adanya peluang-peluang peralihan kemahiran dari pekerja asing kepada anak tempatan dengan cara kebenaran tersebut ditiadakan dan diganti oleh anak tempatan
  • Salah satu cabang pengawalan dalam kemasukkan pekerja asing supaya sentiasa menepati tahap keperluan Negara
     

    SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Majikan mestilah mempunyai Surat Kebenaran / Lesen Pengambilan Pekerja Asing

  2. Surat Kebenaran / Lesen Pengambilan Pekerja Asing masih sah sekurang-kurangnya tiga (03) bulan dari tarikh menghadapkan permohonan

  3. Umur Pekerja Asing adalah dalam lingkungan 18 - 55 tahun

  4. Telah membayar Wang Taruhan ( Deposit ) atau Jaminan Bank ( Bank Guarantee ) sepertimana yang dipersyaratkan mengikut jumlah pekerja dan peratusan.
     

    TATACARA PERMOHONAN

          (1) PERMOHONAN BUR 500 ( BARU )

  • Dibuat dalam dua (02) salinan

  • Ditandatangani dan mempunyai cop asal syarikat di tiap-tiap salinan

  • Satu (01) keping gambar pekerja
  • Salinan Surat Kebenaran / Lesen yang ada cop Jaminan Bank
  • Telah membayar Wang Taruhan
  • Salinan Lesen Rampaian ( Jika Perlu )
  • Salinan dokumen projek bagi kegiatan pembinaan
  • Salinan dokumen seperti sijil kelayakkan, surat pengalaman kerja dan lain-lain bagi menyokong permohonan.
     

          (2) PERMOHONAN BUR 555 ( MEMBAHARUI )

  • Dibuat dalam dua (02) salinan

  • Ditandatangani dan mempunyai cop asal syarikat di tiap-tiap salinan

  • Salinan lengkap paspot pekerja

  • Salinan Surat Kebenaran / Lesen yang ada cop Jaminan Bank

  • Salinan Lesen Rampaian ( Jika Perlu )

  • Salinan dokumen projek bagi kegiatan pembinaan.
     

          (3) PERMOHONAN BUR 555 ( MEMBAHARUI )

  • Jawatan yang dipohonkan dalam kategori yang sama dan sebanding

  • Perkhidmatan dengan majikan sekarang mencapai tempoh 1 tahun atau lebih

  • Surat tiada halangan atau persetujuan dari majikan sekarang dan majikan yang akan menggaji

  • Salinan BUR555 dan kontrak perkerjaan yang masih sah

  • Salinan resit atau baucher gaji tiga (03) bulan kebelakangan

  • Salinan Surat Kebenaran / Lesen bagi kedua-dua majikan

  • Tiga (03) keping setem $1.00
     

TPOR ( Tekad Pemedulian Orang Ramai )

BIL

JENIS PERMOHONAN

TEMPOH PROSES

i.

BUR500 ( Pengambilan Baru )

Negara-Negara ASEAN dan lain-lain
Negara-Negara Asia Selatan
 



10 Hari
14 Hari

ii.

BUR555 ( Penyambungan )

Negara-Negara ASEAN dan lain-lain
Negara-Negara Asia Selatan
 


 
10 Hari
14 Hari

iii.

Pertukaran Kontrak
 

10 Hari

iv.

Pembatalan
 

10 Hari

v.

Rayuan
 

30 Hari


 

C. Unit Perkhidmatan Rumahtangga Persendirian ( Amah )

Unit pekhidmatan Rumahtangga Persendirian adalah merupakan sebuah unit di Bahagian Tenaga Pekerja Asing. Fungsi Unit ini adalah memproses dan mengeluarkan lesen baru bagi mengambil dan menggaji Pembantu Rumahtangga, membaharui lesen, tambahan lesen dan Pertukaran Kontrak.
 

    Kelayakan untuk memegang lesen:

  1. Mempunyai gaji pokok tidak kurang daripada BND$1,500 bagi Rakyat Tempatan dan BND$2,500 dan jawatan staff sahaja bagi Rakyat Asing.
  2. Pihak isteri bekerja dengan Kerajaan/ swasta/persendirian.
  3. Menyediakan bilik yang selesa dan bersesuaian untuk Pembantu Rumahtangga.
  4. Adanya keperluan yang relevan.

   Salinan dokumen-dokumen yang perlu disertakan untuk : -

          (1) LESEN BARU ( MENGISIKAN BUR301 )

  • Kad pengenalan pemohon & isteri/suami
  • Slip/ Resit pembayaran gaji pemohon dan isteri/ suami
  • Butir-butir pendapatan lain seperti penyewaan rumah ( jika ada )
  • Sijil pendaftaran syarikat atau Form X ( jika ada )
  • Surat kebenaran mendiami rumah atau perjanjian menyewa rumah.
     

          (2) MEMBAHARUI LESEN ( MENGISIKAN BUR302 )

  • Slip/Resit Pembayaran Gaji yang terkini Pemohon dan Isteri/Suami
  • Surat kebenaran/Pengesahan Penerimaan Pencen
  • Butir-butir pendapatan lain seperti penyewaan rumah ( jika ada )
  • Polisi insurans yang masih sah untuk kesemua pekerja yang dijamin
  • Slip Pembayaran gaji bagi kesemua pekerja yang dijamin 3 bulan kebelakangan
  • Sijil Pendaftaran syarikat atau Form X ( jika ada )

        Bagi Rakyat Asing ( Lesen baru dan Membaharui Lesen ) mestilah juga menyertakan salinan dokumen berikut : -

  • Surat perjanjian Kontrak antara pemohon dan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
  • Surat Perjanjian Kontrak antara pemohon dan majikan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Buruh
  • BUR500 atau BUR555 yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Buruh.
     

          (3) TAMBAHAN LESEN ( MENGISIKAN BUR302A )

  • Slip/Resit Pembayaran Gaji yang terkini Pemohon dan Isteri/Suami
  • Surat kebenaran/Pengesahan Penerimaan Pencen
  • Butir-butir pendapatan lain seperti penyewaan rumah ( jika ada )

BUTIR KEWANGAN PEMOHON ( BUR300 ) hendaklah juga diisi dengan teratur bagi kesemua permohonan tersebut diatas. Bagi permohonan membaharui lesen dan tambahan lesen, pemohon hendaklah menyertakan salinan asal (original) lesen.
 

          Salinan lain-lain dokumen :

  • ‘Ante-natal patient’s card’ bagi isteri pemohon yang mengandung.
  • Surat pengesahan dari pegawai perubatan Kerajaan jika permohonan adalah untuk keperluan menjaga ahli keluarga yang sakit.
  • Kad Pengenalan ayah/ibu/mertua jika permohonan adalah untuk keperluan menjaga mereka. Ini termasuk juga jika membaharui lesen ( Kebenaran Khas ).
     

          TPOR ( Tekad Pemedulian Orang Ramai )

BIL

JENIS PERKHIDMATAN

TEMPOH PROSES

1.

LESEN BARU

10 HARI

2.

MEMBAHARUI LESEN

10 HARI

3.

LESEN TAMBAHAN

10 HARI

4.

PERTUKARAN KONTRAK

10 HARI

5.

PEMBATALAN LESEN

10 HARI

6.

RAYUAN

30 HARI