|| Introduction | Policies & Strategies | Roles & Functions | Laws | Organisation Structure | Sections | Client's Charter | Feedback ||

 

BANCI TAHUNAN MAJIKAN / PEKERJA
JABATAN BURUH


APA DIA BANCI MAJIKAN / PEKERJA? 

  • Banci ke atas majikan dan pekerja yang berkaitan dengan kadar gaji, pendapatan dan jam-jam bekerja.  Banci ini adalah mengikut Seksyen 3 (1) Penggal 99 Akta Maklumat Pekerjaan 1974.

  • Banci diadakan pada setiap tahun ( Bermula 30 Oktober hingga 30 November ).
  • Banci ini adalah DIMESTIKAN bagi semua syarikat yang berdaftar di Jabatan Buruh iaitu bagi syarikat-syarikat yang diberikan lesen / surat kebenaran mengambil dan menggaji pekerja asing, KECUALI bagi majikan yang menggaji pekerja asing bagi tujuan perkhidmatan rumahtangga (AMAH) dan sektor kerajaan

TUJUAN BANCI  

  • Mengumpul maklumat terkini mengenai majikan dan pekerja
  • Membantu Jabatan ini dalam merangka serta membuat perancangan dan pengubalan dasar perburuhan dan hal-hal yang berkaitan.
  • Membantu untuk memantau perkembangan dan kesejahteraan pekerja-pekerja asing dan tempatan di sektor swasta.   

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN  

Di bawah Akta Maklumat Pekerjaan 1974, setiap majikan adalah dikehendaki untuk memberikan maklumat dan keterangan semua pekerja sama ada asing atau tempatan (termasuklah majikan itu sendiri) yang mereka gaji (dibawah tanggungan) pada setiap 30hb Oktober.

Ini bermaksud, majikan perlu memberikan keterangan diri mereka dan perkerja-pekerjanya yang masih bekerja pada tanggal 30hb Oktober.  Jika sekiranya majikan mengambil pekerja baru pada 30hb Oktober, keterangan pekerja itu perlu diberikan.  Walau bagaimanapun jika sekiranya pekerja mereka menamatkan perkhidmatannya pada waktu tersebut, maka keterangan pekerja tersebut tidak perlu diberikan.

Antara keterangan majikan dan pekerja yang diperlukan termasuklah nama, jawatan, gaji, pendapatan lain, jam-jam bekerja dan kemudahan-kemudahan yang diterima.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBERIKAN MAKLUMAT INI?  


Majikan bolehlah memberikan maklumat ini dengan menggunakan borang khas yang telah disediakan. (di bawah laman ini) Setiap borang yang diedarkan akan disertakan dengan satu buku panduan tatacara mengisi borang tersebut.  

Peringatan:  

Majikan adalah diingatkan supaya akan dapat mengisikan borang banci dengan lengkap dan tepat berpandukan buku panduan yang disediakan.  

Bagi kemudahan majikan yang mengambil dan menggaji 100 orang pekerja ke atas, mereka bolehlah memberikan maklumat berkenaan dengan mengunakkan disket yang disediakan khas oleh Jabatan ini atau dengan ‘download’ borang banci yang disediakan di laman web ini. Walau bagaimanapun majikan dikehendaki menyertakan salinan ‘hard copy’ borang tersebut.

DIMANAKAH BORANG-BORANG ATAU DISKET INI BOLEH DIPEROLEHI?

Borang serta buku panduan boleh didapati di Kaunter Bahagian Kajian dan Perangkaan, Tingkat 5, Ibu Pejabat Jabatan Buruh, Bangunan Imigresen dan Pendaftaran kebangsaan dan Buruh di Jalan Menteri Besar ataupun di cawangan-cawangan daerah yang berhampiran.

BILAKAH DAN DIMANAKAH BORANG-BORANG INI DIKEMBALIKAN?

Borang yang lengkap diisi hanya akan mula diterima pada 30hb Oktober dan sebelum atau pada 30hb November dan dikembalikan di Bahagian Kajian dan Perangkaan, di Ibu Pejabat Jabatan Buruh ataupun di cawangan-cawangan daerah yang berhampiran.

Setiap borang yang dikembalikan akan dikeluarkan Resit khas.  Resit yang dikeluarkan adalah sebagai bukti penghantaran borang banci dan majikan nanti diperlukan untuk menyertakan resit itu apabila mereka berurusan dengan Jabatan ini.

DENDA

Mana-mana majikan yang gagal menghantar borang tersebut sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan, Jika sabit kesalahan boleh didenda sebanyak Dua Ribu Lima Ratus Ringgit Brunei (B$2,500.00) dan Penjara enam (6) bulan.  Dan jika berterusan boleh didenda sebanyak Lima Puluh Ringgit Brunei (B$50.00) sehari.

( Seksyen 8 Penggal 99, Akta Maklumat Pekerjaan 1974 ).  

 

Fail untuk di muat turun (Download)

1. Buku Panduan Borang Banci (Right Click File Name and Save Target as..)
2. Buku Panduan Borang Banci (Contoh) (Right Click File Name and Save Target as..)
3. Kulit Borang Banci (Right Click File Name and Save Target as..)
4. Borang Banci (Right Click File Name and Save Target as..)

Nota:   Majikan Dikehendaki untuk mencetak Kulit(Cover)(No. 3) dan Borang Banci(No. 4) sebelum mengembalikan ke Jabatan Buruh sebelum 30hb November. Majikan juga diingatkan supaya akan dapat mengisi borang banci berpandukan buku panduan dan contoh borang seperti yang disertakan.

 

Untuk keterangan lanjut mengenai Banci Tahunan Majikan/Pekerja, sila hubungi Bahagian Kajian dan Perangkaan, Jabatan Buruh di talian 2383006 samb 5301 / 5302 / 5304 / 5305
 

|| Introduction | Policies & Strategies | Roles & Functions | Laws | Organisation Structure | Sections | Client's Charter | Feedback ||