Isnin 29 Zulhijjah 1442H bersamaan 09 Ogos 2021M
Berikutan dengan Kenyataan Media Kementerian Kesihatan bertarikh 27 Zulhijjah 1442 /
07 Ogos 2021 berhubung dengan Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei
Darussalam, Jabatan Buruh ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa waktu
perkhidmatan kaunter di Jabatan Buruh di keempat-empat daerah akan dibuka
bermula 08.00 Pagi hingga 11.00 pagi dan 02.00 Petang hingga 03.30 petang
dengan menghadkan jenis perkhidmatan dan jumlah keramaian pada satu
masa dan juga mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuklah pemeriksaan
suhu badan, kewajipan untuk mengimbas QR Code Jabatan Buruh melalui aplikasi
BruHealth setiap kali masuk dan keluar, penggunaan PPE serta penjarakan sosial bermula
hari Isnin, 29 Zulhijjah 1442 bersamaan dengan 09 Ogos 2021 sehingga ke suatu tarikh
yang akan dimaklumkan kemudian.
Kaunter-kaunter perkhidmatan yang dimaksudkan adalah kesemua kaunter-kaunter
permohonan Lesen Pekerja Asing, Lesen Pekerja Domestik, Kewangan, Pampasan
Pekerja dan Agensi Pekerjaan. Manakala, Kaunter Perjumpaan dan Aduan adalah
ditutup bagi tempoh berkenaan.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Buruh di talian
2383006 / 2380256 atau melalui e-mel info.buruh@buruh.gov.bn.
Nombor Perhubungan Bahagian-Bahagian di Jabatan Buruh
BIL.
| BAHAGIAN | NOMBOR PERHUBUNGAN
|
1.
| Bahagain Kewangan | 2383 006 ext 2301/2302/2300
|
2.
| Bahagian Lesen Pekerja Asing | 2383 006 ext 3211/3200/ 8363 244
|
3.
| Bahagian Lesen Perkhidmatan Domestik
| 2383 006 ext 3103 / 3104
|
4.
| Bahagian Agensi Pekerjaan | 2383 006 ext 1074/2102 |
5.
| Bahagian Pampasan | 2383 006 ext 2203/2205
|
6.
| Bahagian Kajian dan Perangkaan (Banci) | 2383 006 4503/4504 |
7.
| Bahagian Penguatkuasaan Undnag-Undnag
| |
| a) Hotline Aduan dan Pertikaian Kerja | 238 1848 / 729 8989 |
| b) Unit Pemeriksaan (Pengesahan Alamat) | 2383 006 ext 4214 |
8.
| Jabatan Buruh Cawangan Daerah Belait | 333 1549
|
9.
| Jabatan Buruh Cawangan Daerah Tutong
| 422 1408 |
10.
| Jabtaan Buruh Cawangan Daerah Temburong | 522 1256
|
Jabatan Buruh
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
29 Zulhijjah 1442H bersamaan 09 Ogos 2021M