Berikutan kenyataan Media Jabatan Perdana Menteri bertarikh 03 Muharram 1443 bersamaan 12 Ogos 2021 mengenai tempoh bekerja bagi Business Continuity Plan (BCP) dan merujuk kepada siaran akhbar Jabatan Buruh bertarikh 01 Muharram 1443 bersamaan 10 Ogos 2021 mengenai dengan jenis perkhidmatan dan waktu perkhidmatan di ke empat-empat daerah, Jabatan Buruh ingin mengemaskini dan seterusnya memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter di ke empat- empat daerah akan ditutup buat sementara waktu sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Manakala, perkhidmatan pembayaran secara tunai hanya dilaksanakan secara temujanji dan pemohon dinasihatkan untuk menghubungi Bahagian Kewangan terlebih dahulu sebelum mengunjungi ibu pejabat Jabatan Buruh dan cawangan-cawangannya.
Permohonan dan perkhidmatan-perkhidmatan jabatan bolehlah dimasukkan ke dalam Peti Permohonan (Dropbox) yang disediakan di ruang legar Jabatan Buruh dan cawangan-cawangannya. Waktu penghantaran permohonan adalah bermula dari jam 08.00 pagi hingga 12.30 tengahari, pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu. Tatacara menghadapkan dan mengambil keputusan permohonan di Jabatan Buruh bolehlah diperolehi di laman sesawang Jabatan Buruh di www.labour.gov.bn. Pemohon adalah dikehendaki untuk melengkapkan permohonan dan memberikan alamat e-mel dan nombor telefon bimbit dengan betul bagi kelancaran permohonan.
Sebarang pertanyaan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menghubungi di Talian Jabatan Buruh atau melalui e-mel info.buruh@buruh.gov.bn
Nombor Perhubungan Bahagian-Bahagian di Jabatan Buruh
BIL.
| BAHAGIAN
| NOMBOR PERHUBUNGAN
|
1.
| Bahagian Kewangan
| 2383 006 ext 2301/2302/2300 |
2.
| Bahagian Lesen Pekerja Asing | 2383 006 ext 3211/3200 / 8363 244 |
3.
| Bahagian Lesen Perkhidmatan Domestik
| 2383 006 ext 3103/3104
|
4.
| Bahagian Agensi Pekerjaan
| 2383 006 ext 1074/2102
|
5.
| Bahagian Pampasan
| 2383 006 ext 2203/2205
|
6.
| Bahagian Kajian dan Perangkaan (Banci)
| 2383 006 ext 4503/4504
|
7.
| Bahagian
Penguatkuasaan Undang-Undang
|
a) Hotline Aduan Pertikaian Kerja
| 238 1848 / 729 8989
|
b) Unit Pemeriksaan
(Pengesahan Alamat)
| 2383 006 ext 4214
|
8.
| Jabatan Buruh Cawangan Daerah Belait
| 333 1549
|
9.
| Jabatan Buruh Cawangan Daerah Tutong
| 422 1408
|
10.
| Jabatan Buruh Cawangan Daerah Temburong
| 522 1256
|
Jabatan Buruh
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
03 Muharram 1443H bersamaan 12 Ogos 2021M