Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SIARAN AKHBAR JABATAN BURUH - OPERASI SEJAHTERA 65/2022




​Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh telah menjalankan Operasi Sejahtera 65/2022 di kawasan Delima Dua pada 14 Jun 2022, bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.


Semasa operasi tersebut Jabatan telah menjalankan pemeriksaan ke atas tiga kegiatan iaitu gerai makan, kedai menjual baju, dan kedai runcit di kawasan Kampong Delima Dua. Hasil dari pemeriksaan berkenaan telah mendapati kesalahan di bawah Bab 112, Perintah Pekerjaan 2009, iaitu majikan menyalahgunakan jawatan pekerja asing yang mana ianya bertentangan dengan jawatan di dalam Lesen Pekerja Asing yang dibenarkan oleh Pesuruhjaya Buruh.

Seramai tiga orang pekerja asing telah didapati melakukan pekerjaan yang bertentangan dengan jawatan sah mereka, iaitu pekerja-pekerja berjawatan buruh kedai, tukang masak dan amah diarahkan membuat pekerjaan penjual dan juruwang. 

Jika sabit kesalahan majikan individu boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $300.00 bagi kesalahan pertama dan $600.00 bagi kesalahan kedua manakala majikan syarikat pula boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600.00 bagi kesalahan pertama dan $900 bagi kesalahan kedua.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya. Para majikan adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009. 

Untuk makluman lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja).

Jabatan Buruh,
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
15 Jun 2022



Attachments
Created at 30/11/2022 14:43 by Siti Samiah binti Haji Ismail
Last modified at 30/11/2022 14:43 by Siti Samiah binti Haji Ismail
-