Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SIARAN AKHBAR JABATAN BURUH - OPERASI SEJAHTERA 101/2022



Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh telah menjalankan Operasi Sejahtera 101/2022 di kawasan Kampung Masin pada 26 Julai 2022, bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.

 

Pemeriksaan ke atas kegiatan kedai jahit dan gerai makan di kawasan Kampung Masin telah mendapati seramai 3 orang pekerja asing melakukan kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009.Seorang pekerja asing telah didapati bekerja dengan majikan selain dari majikan yang telah dibenarkan. Jika sabit kesalahan, majikan asal dan majikan yang menggaji boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600.00 bagi kesalahan pertama dan $900.00 bagi kesalahan kedua. Selain itu, seramai 2 orang pekerja asing telah didapati bekerja ditempat yang tidak selaras dengan alamat kegiatan yang telah dibenarkan. Jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600.00 bagi kesalahan pertama dan $900.00 bagi kesalahan kedua.

 

Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya. Para majikan adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

 

Untuk makluman lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja).

 

Jabatan Buruh,

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

26 Julai 2022


Attachments
Created at 30/11/2022 15:45 by Siti Samiah binti Haji Ismail
Last modified at 30/11/2022 15:45 by Siti Samiah binti Haji Ismail
-