Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SIARAN AKHBAR JABATAN BURUH - OPERASI USAI 02/2026


Emblem_of_Brunei.svg.png

KEGIATAN PERNIAGAAN YANG TIDAK SELARAS DENGAN YANG DIBENARKAN ANTARA KESALAHAN DIDAPATI SEMASA PEMERIKSAAN DIJALANKAN


Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh telah menjalankan Operasi Usai 02/2026 di Kampung Tungku Gadong pada 06 Januari 2026, bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Akta Pekerjaan, penggal 278 dipatuhi oleh para majikan.

Pemeriksaan ke atas kegiatan Bengkel Kimpal telah mendapati sebanyak 03 kesalahan di bawah Akta Pekerjaan, Penggal 278 yang dipercayai dilakukan oleh majikan iaitu Bab 86 Menempatkan pekerja-pekerja asing di kegiatan bukan di tempat yang diishtiharkan dan dibenarkan oleh Jabatan Buruh dan dua kesalahan di bawah Bab 112(2) Kesalahan melanggar syarat-syarat Lesen Pekerja Asing, pekerja asing didapati melakukan pekerjaan tidak selaras dengan jawatan yang dibenarkan iaitu pekerja berjawatan dibawah jaminan kegiatan penyelenggaraan dan pembaikan Kenderaan bermotor telah berkerja dan menyalahi jawatan sah mereka di kegiatan Bengkel Kimpal.

Siasatan lanjut akan dijalankan bagi kesalahan melanggar Akta Pekerjaan, Penggal 278. Jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih daripada $1,000 bagi tiap-tiap kesalahan. Jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Akta Pekerjaan Penggal 278 dan mematuhi syarat-syarat Lesen Pekerja Asing, seperti memberikan pekerjaan kepada pekerja-pekerja di bawah jaminan selaras dengan jawatan yang dibenarkan oleh Jabatan Buruh dan Kegiatan yang dijalankan hendaklah selaras dengan kegiatan yang dibenarkan oleh Jabatan Buruh.

Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja).


Jabatan Buruh,
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
08 Januari 2026

Attachments
Created at 27/01/2026 09:56 by samiah.ismail
Last modified at 27/01/2026 10:13 by samiah.ismail
-