Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Highlights

PELAKSANAAN PROSES BAGI PENGAMBILAN PEKERJA REPUBLIK RAKYAT BANGLADESH MELALUI BANGLADESH OVERSEAS EMPLOYMENT AND SERVICES LIMITED (BOESL) KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


​1- Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri memaklumkan bahawa bermula 1hb., Februari 2024, semua permohonan untuk mendatangkan warganegara Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam bagi tujuan pekerjaan hendaklah berurusan melalui agensi pekerjaan yang berlesen dengan Jabatan Buruh di Negara Brunei Darussalam dan agensi pekerjaan berkenaan akan berhubung terus dengan pihak Bangladesh Overseas Employment And Services Limited (BOESL) di Republik Rakyat Bangladesh bagi menyediakan tenaga kerja dan menguruskan proses pengambilan pekerja Republik Rakyat Bangladesh. Pembaharuan proses ini dibuat berikutan dengan pemeteraian Memorandum of Understanding between the Government of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of the People’s Republic of Bangladesh on the employment / recruitment of Bangladeshi workers yang telah ditandatangani pada 16hb. Oktober 2022 bersempena lawatan negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Dhaka, Republik Rakyat Bangladesh.


2. Pelaksanaan proses yang baharu ini adalah untuk memastikan proses pengambilan pekerja dari Republik Rakyat Bangladesh adalah telus dan teratur terutama sekali bagi mencegah kes penipuan dan isu pemerdagangan manusia. Di samping itu juga, pelaksanaan proses ini akan dapat menambahbaikkan lagi kualiti pemberian perkhidmatan kepada orang ramai dan seterusnya mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dalam hal ehwal perburuhan di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Republik Rakyat Bangladesh.

3. Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh sukacita memaklumkan sekali lagi bahawa Permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) baharu dan tambahan hendaklahdihadapkan oleh Agensi Pekerjaan yang berlesen dengan Jabatan Buruh di Negara Brunei Darussalam melalui National Labour Management System (NLMS) dengan melayari laman sesawang https://nlms.gov.bn/publicportal/. 


Jabatan Buruh
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Negara Brunei Darussalam
12hb. Rejab 1445H bersamaan 24hb. Januari 2024


Attachments
Created at 07/02/2024 15:56 by Siti Samiah binti Haji Ismail
Last modified at 07/02/2024 16:08 by Maha'adi @ Mohammad Hussaini Bin Mohd. Aiani / Mohd. Anne