1. Tawaran adalah dipelawa kepada Perusahaan/Syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei dan yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Kelas TERBUKA dalam Kategori KA01 sahaja.
2. Tawaran hendaklah dihantar dalam satu (3) salinan berserta dengan borang Pengakuan Penender (Tenderer’s Declaration), salinan kad pengenalan/paspot pemilik, Sijil Pendaftaran Syarikat dan Nama-Nama Perniagaan yang dikeluarkan melalui Corporate Registry System di dalam One Common Portal/ atau Salinan Sijil Pendaftaran (Section 16 & Section 17) atau Perakuan Penubuhan Syarikat Persendirian (Sijil & Borang X), Sijil Pematuhan Akta Cukai (jika berkenaan), Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pengesahahan pematuhan Akta Amanah Pekerja dan Perintah Pencen Caruman Tambahan 2009 dari Tabung Amanah Pekerja dengan menyatakan nombor Akaun Majikan dan senarai pekerja yang dicarumkan.
3. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang tertutup rapi (Sealed) dengan menyatakan nama dan bilangan tawaran, tarikh tutup dan kepada yang ditujukan tanpa menunjukkan identiti atau logo Syarikat / Perusahaan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada alamat yang dinyatakan di dalam dokumen tawaran.
4. Tawaran hendaklah dimasukkan di dalam PETI SEBUTHARGA, Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan dialamatkan kepada:-
Pengerusi Jawatankuasa Sebutharga
Ibu Pejabat Jabatan Buruh,
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
Tingkat Aras Lobi
Jalan Dewan Majlis,
Bandar Seri Begawan BB 3910
Negara Brunei Darussalam
TAWARAN PEMBINAAN LETAK KERETA DAN ASSEMBLY AREA DI JABATAN BURUH, JALAN DEWAN MAJLIS, DAERAH BRUNEI MUARA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Bilangan Tawaran: PJB/3003/SH0009/TK2024-2025
Tarikh tutup tawaran adalah pada 15 Januari 2025, hari Rabu
tidak lewat jam 2.00 petang.
5. Dokumen tawaran bolehlah didapati dari Kaunter Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Ibu Pejabat Jabatan Buruh, Jalan Dewan Majlis dengan bayaran penyertaan tawaran sebanyak BND $5.00 (tidak dikembalikan) dengan membawa satu (1) salinan salinan kad pengenalan/paspot pemilik, Sijil Pendaftaran Syarikat dan Nama-Nama Perniagaan yang dikeluarkan melalui Corporate Registry System di dalam One Common Portal/ atau Salinan Sijil Pendaftaran (Section 16 & Section 17) atau Perakuan Penubuhan Syarikat Persendirian (Sijil & Borang X) pada jam 8.00 pagi - 11.30 pagi dan 1.45 petang - 3.00 petang (waktu hari bekerja).
6. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, syarikat-syarikat / perusahaan yang berminat untuk mengikuti tawaran ini bolehlah menghubungi pegawai berikut:
Nama: Dayang Hajah Rasyidah binti Awang Haji Omar
Jawatan: Penolong Pentadbir, Jabatan Buruh
No Tel: 2383006 Ext 1145
atau
Nama: Awang Sharinol Himadi bin Haji Sharbini
Jawatan: Penyelia Pejabat, Jabatan Buruh
No Tel: 2383006 Ext 5555
7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat menerima mana-mana tawaran yang rendah atau sebarang tawaran yang difikirkan tidak munasabah.