Pengemaskinian Dan Pelaksanaan Dasar Baru Perlindungan Insurans Perubatan Bagi Penduduk-Penduduk Tetap Dan Pemegang Pas-Pas Imigresen bagi Fasa Pertama akan berkuatkuasa pada 01 haribulan Julai 2025.
Bagi Fasa Pertama ini akan melibatkan jenis Pas-Pas Imigresen dan kategori taraf Penduduk Tetap Warganegara Asing seperti berikut:
1- Pemegang Pas Kerja Kategori Perkhidmatan Domestik
2- Pemegang Pas Lawatan yang masuk ke Negara Brunei Darussalam dengan menggunakan Visa Lawatan
3- Pemegang Pas Lawatan Profesional dan Pas Lawatan Berniaga
4- Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang berwarganegara asing di bawah Kategori Warganegara Asing Yang Menyumbang Kepada Perekonomian, Pembangunan Dan Kemajuan Negara dan juga di bawah Kategori Warganegara Asing Golongan Profesional.