Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PERLAKSANAAN DENDA KOMPAUN DI BAWAH PERINTAH PEKERJAAN 2009

panji2_highlights.jpg

Sabtu, 15 Safar 1442H bersamaan 03 Oktober 2020M.


Jabatan Buruh memaklumkan mengenai pengenalan pengendalian kesalahan-kesalahan yang melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Perintah Pekerjaan 2009, dan Syarat-Syarat Lesen Pekerja Asing (LPA) bagi sektor swasta (Syarikat) dan Lesen Pengambilan Dan Penggajian Pekerja Asing (bagi Perkhidmatan Domestik).

Jabatan Buruh seterusnya menjelaskan bahawa denda kompaun akan dikenakan bagi kesalahan pertama dan kesalahan kedua bagi mana-mana majikan yang melanggar Perintah Pekerjaan, 2009 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya manakala bagi kesalahan ketiga tidak akan ditawarkan denda kompaun tetapi akan dihadapkan ke mahkamah bagi tujuan pendakwaan. Setiap kesalahan yang dikenakan denda kompaun adalah tidak melebihi $1,000.00.

Perlaksanaan Denda Kompaun di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 akan mula dikuatkuasakan bermula hari Khamis, 15 Oktober 2020. Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai dengan kadar denda kompaun bagi setiap kesalahan, orang ramai khasnya para majikan bolehlah menghubungi di talian 2381848 (semasa waktu bekerja).

Kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan denda kompaun sepertimana kehendak Bab 147, Perintah Pekerjaan, 2009 dan Lesen Perkhidmatan Domestik adalah seperti berikut:

Denda Kompaun_page1.PNGDenda Kompaun _Page2.PNG


Attachments
Created at 03/10/2020 03:29 by Siti Samiah binti Haji Ismail
Last modified at 03/10/2020 03:54 by Siti Samiah binti Haji Ismail
-