Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

TAKLIMAT KHAS PENERAPAN IMAN DAN AMANAH

panji2_highlights.jpg

Rabu, 04 Rabiul Awal 1442H bersamaan 21 Oktober 2020M


Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini menganjurkan satu taklimat khas menjurus kepada penerapan iman dan amanah bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bertempat di Dewan Tripartite, Jabatan Buruh.

Taklimat khas ini termasuk Peraturan-Peraturan Am Perkhidmatan Awam dan Rukun Akhlak dan Etika Kerja menjurus kepada penerapan iman dan amanah yang masing-masing disampaikan oleh Dk Siti Noryol Faeizah Masayu binti Pg Omarali, Pegawai Kakitangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Yang Mulia Awang Mohammad Adi Zaky bin Haji Matasim, Pegawai Kaunselor, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan awam melalui taklimat yang berterusan kepada warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Lebih kurang seramai 75 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan menghadiri taklimat berkenaan.


Attachments
Created at 29/10/2020 09:41 by Siti Samiah binti Haji Ismail
Last modified at 29/10/2020 09:41 by Siti Samiah binti Haji Ismail
-