Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PERTIMBANGAN KEMASUKAN PEKERJA-PEKERJA ASING BAGI PERKHIDMATAN DOMESTIK KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

panji2_highlights.jpg

Sabtu, 27 Sya'ban 1442M , 10 April 2021M

Merujuk kepada Siaran Akhbar Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada 10 April 2021 mengenai Pertimbangan Kemasukan Pekerja-Pekerja Asing Bagi Perkhidmatan Domestik ke Negara Brunei Darussalam.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula 27 Sya'ban 1442H bersamaan 10 April 2021M, pertimbangan kemasukan pekerja-pekerja asing bagi perkhidmatan domestik adalah diberikan mengikut kategori-kategori yang ditetapkan.

1. Pertimbangan bagi kemasukan pekerja-pekerja asing bagi perkhidmatan domestik (seperti pembantu rumah dan pemandu persendirian), kebenaran adalah seperti berikut:

  1. 1. Bagi pekerja asing perkhidmatan domestik yang mempunyai reentry visa atau pas kerja yang masih sah dan berhasrat untuk kembali ke Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi bekerja dengan majikan asal. Lesen buruh yang sah (atau telah diperbaharui) hendaklah dihadapkan bersama permohonan Entry Travel Pass (ETP) pekerja berkenaan;

  1. 2. Bagi pekerja asing perkhidmatan domestik yang akan bekerja ke Negara Brunei Darussalam bagi mengganti pekerja lama yang telah pulang ke negara asal (bukan tambahan). Job order yang telah disahkan oleh Jabatan Buruh hendaklah dihadapkan bersama permohonan ETP pekerja berkenaan;

  1. 3. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Buruh akan mempertimbangkan permohonan pengambilan baru bagi pekerjapekerja asing perkhidmatan domestik secara case-by-case mengikut sukat-sukat yang bersesuaian berserta dokumendokumen dokongan untuk membuktikan keperluan untuk mendapatkan pekerja dalam perkhidmatan domestik yang baru.


2.       Dalam hubungan ini, sukacita jua diperingatkan bagi mana-mana permohonan yang telah diberikan kebenaran, pekerja asing yang akan dijamin masuk ke Negara Brunei Darussalam adalah dikehendaki untuk mempunyai keputusan ujian swab COVID-19 (RT-PCR) yang negatif sebelum masuk ke negara ini. Ujian tersebut hendaklah dijalani dalam tempoh 72 jam sebelum bertolak ke Negara Brunei Darussalam. Pekerja asing dikehendaki untuk menjalankan ujian swab COVID-19 (RT-PCR) kedua dan pengasingan diri mandatori apabila mereka tiba di Negara Brunei Darussalam, berdasarkan garispanduan dan juga penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan semasa ketibaan ke negara ini.


3.      Penjamin (majikan) juga adalah dikehendaki untuk membuat tempahan penginapan di hotel-hotel yang diiktiraf bagi pihak pekerja asing tersebut untuk pengasingan diri mandatori mereka setelah memasuki negara ini. Kadar bayaran hotel-hotel tersebut adalah mengikut kadar hotel masingmasing dan meliputi kos penginapan, makan minum, pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel dan pengangkutan dari hotel ke tempat ujian swab COVID-19 (RT-PCR) dilakukan, selaras dengan SOP-SOP yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan.

4.      Kos bagi ujian swab COVID-19 (RT-PCR) dan kos penginapan bagi tujuan pengasingan diri hendaklah dibiayai sepenuhnya oleh penjamin (majikan).

5.       Permohonan Entry Travel Pass (ETP) hendaklah dihadapkan melalui laman sesawang www.pmo.gov.bn/travelportal.

6.     Untuk sebarang keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Buruh melalui talian 2381848 dan/atau menghubungi Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan di talian 2383106 atau melayari laman sesawang www.immigration.gov.bn

 


     


    Attachments
    Created at 21/04/2021 13:50 by Siti Samiah binti Haji Ismail
    Last modified at 22/04/2021 09:58 by Siti Samiah binti Haji Ismail
    -