Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT KAEDAH PENGURUSAN BAGI PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN DI JABATAN BURUH


Selasa, 01 Muharram 1443H bersamaan 10 Ogos 2021M


Berikutan dengan Kenyataan Media Kementerian Kesihatan bertarikh 29 Zulhijjah 1442 / 09 Ogos 2021 dan 01 Muharram 1442 / 10 Ogos 2021 berhubung dengan Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan merujuk kepada siaran akhbar Jabatan Buruh bertarikh 29 Zulhijjah 1442 bersamaan 09 Ogos 2021 mengenai dengan jenis perkhidmatan dan waktu perkhidmatan di ke empat-empat daerah, Jabatan Buruh ingin mengemaskini maklumat mengenai kaedah pengurusan bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut: 


BIL
​BAHAGIAN
KAEDAH BERURUSAN​​NOMBOR PERHUBUNGAN
​1.


Bahagian Kewangan
Kaunter Perkhidmatan

Jam Operasi:
Isnin-Khamis dan Sabtu

08.00 - 11.00 Pagi
02.00 Petang - 03.30 Petang

2383 006 ext 2301/2302/2300
2.
Bahagian Lesen Pekerja Asing
2383 006 ext 3211/3200/  8363244
3.
Bahagian Lesen Perkidmatan Domestik​


​ ​ ​ ​





Peti Permohonan (Dropbox)
2383 006 ext: 3103/3104
​4.
Bahagian Agensi Pekerjaan​​2383 006 ext 1074/2102
5.
Bahagian Pampasan
​2383 006 ext 2203/2205
​6.
Jabatan Buruh Cawangan Daerah Belait​333 1549
​7.
​Jabatan Buruh Cawangan Tutong
422 1408
​8.
​Jabatan Buruh Cawangan Daerah Temburong
​522 1256
​9.
Kaunter Perjumpaan dan Aduan​E-mel / Talian Hotline
E-mel: info.buruh@buruh.gov.bn
2381 848 / 7298 989
​Bagi sebarang Pertanyaan Am bolehlah menghubungi di Talian 2383 006 / 2380 256


Permohonan dan perkhidmatan-perkhimatan berkenaan bolehlah dimasukkan ke dalam Peti Permohonan (Dropbox) yang disediakan di ruang legar Jabatan Buruh dan cawangan-cawangannya. Waktu penghantaran permohonan adalah bermula dari jam 08.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 02.00 petang hingga 03.30 petang pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu. Tatacara menghadapkan dan mengambil keputusan permohonan di Jabatan Buruh bolehlah diperolehi di laman sesawang Jabatan Buruh di www.labour.gov.bn. Pemohon adalah dikehendaki untuk melengkapkan permohonan dan memberikan alamat e-mel dan nombor telefon bimbit dengan betul bagi kelancaran permohonan. 

Berkenaan dengan Pengeluaran Resit Penyata Banci Majikan/Pekerja 2020, Resit Sementara Penyata Banci akan dikeluarkan secara PDF melalui e-mel kepada majikan dengan tarikh mansuh penggunaan resit sementara selama tujuh (7) hari dari tarikh resit berkenaan dikeluarkan. Resit berkenaan boleh diperbaharui tertakluk perubahan dan keadaan situasi terkini. Untuk makluman, Resit Asal Penyata Banci Majikan/Pekerja 2020 akan disimpan dan boleh diambil setelah kaunter perkhidmatan dibuka seperti sedia kala. 

Dalam pada itu, orang ramai yang hendak berurusan adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuklah pemeriksaan suhu badan, kewajipan untuk mengimbas kod QR Jabatan Buruh melalui aplikasi BruHealth setiap kali masuk dan keluar, penggunaan sungkup muka pada setiap masa apabila berada di dalam atau luar bangunan serta penjarakan sosial / fisikal. 


Jabatan Buruh
Kementerian Hal Ehwal Dalm Negeri

01 Muharram 1443H bersamaan 10 Ogos 2021M


Attachments
Created at 11/08/2021 15:59 by Siti Samiah binti Haji Ismail
Last modified at 18/08/2021 12:07 by Siti Samiah binti Haji Ismail
-