Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN KAUNTER DI JABATAN BURUH



Berikutan kenyataan Media Jabatan Perdana Menteri bertarikh 03 Muharram 1443 bersamaan 12 Ogos 2021 mengenai tempoh bekerja bagi Business Continuity Plan (BCP) dan merujuk kepada siaran akhbar Jabatan Buruh bertarikh 01 Muharram 1443 bersamaan 10 Ogos 2021 mengenai dengan jenis perkhidmatan dan waktu perkhidmatan di ke empat-empat daerah, Jabatan Buruh ingin mengemaskini dan seterusnya memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter di ke empat- empat daerah akan ditutup buat sementara waktu sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Manakala, perkhidmatan pembayaran secara tunai hanya dilaksanakan secara temujanji dan pemohon dinasihatkan untuk menghubungi Bahagian Kewangan terlebih dahulu sebelum mengunjungi ibu pejabat Jabatan Buruh dan cawangan-cawangannya.

Permohonan dan perkhidmatan-perkhidmatan jabatan bolehlah dimasukkan ke dalam Peti Permohonan (Dropbox) yang disediakan di ruang legar Jabatan Buruh dan cawangan-cawangannya. Waktu penghantaran permohonan adalah bermula dari jam 08.00 pagi hingga 12.30 tengahari, pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu. Tatacara menghadapkan dan mengambil keputusan permohonan di Jabatan Buruh bolehlah diperolehi di laman sesawang Jabatan Buruh di www.labour.gov.bn. Pemohon adalah dikehendaki untuk melengkapkan permohonan dan memberikan alamat e-mel dan nombor telefon bimbit dengan betul bagi kelancaran permohonan.

Sebarang pertanyaan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menghubungi di Talian Jabatan Buruh atau melalui e-mel info.buruh@buruh.gov.bn


Nombor Perhubungan Bahagian-Bahagian di Jabatan Buruh

BIL.
​BAHAGIAN
NOMBOR PERHUBUNGAN
​1.
Bahagian Kewangan
2383 006 ext 2301/2302/2300
​2.
Bahagian Lesen Pekerja Asing
2383 006 ext 3211/3200 / 8363 244
​3.
Bahagian Lesen Perkhidmatan Domestik             
2383 006 ext 3103/3104
​4.
Bahagian Agensi Pekerjaan                                    
2383 006 ext 1074/2102
​5.
Bahagian Pampasan
2383 006 ext 2203/2205
​6.
Bahagian Kajian dan Perangkaan (Banci)
2383 006 ext 4503/4504
​7.


Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang

a)  Hotline Aduan Pertikaian Kerja
238 1848 / 729 8989
b) Unit Pemeriksaan (Pengesahan Alamat)
2383 006 ext 4214
​8.
Jabatan Buruh Cawangan Daerah Belait
333 1549
​9.
Jabatan Buruh Cawangan Daerah Tutong
422 1408
​10.
Jabatan Buruh Cawangan Daerah Temburong
522 1256
​Bagi sebarang Pertanyaan Am bolehlah menghubungi di Talian 2383 006 / 2380 256


Jabatan Buruh

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

03 Muharram 1443H bersamaan 12 Ogos 2021M


Attachments
Created at 12/08/2021 16:54 by Ahmad Asyraf Alwi bin Haji Abdul Halid/Abdul Khaliq
Last modified at 17/08/2021 11:59 by Ahmad Asyraf Alwi bin Haji Abdul Halid/Abdul Khaliq
-