Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PENGEMASKINIAN PERKHIDMATAN KAUNTER DI JABATAN BURUH


Ahad, 23 Rabiulakhir 1443 bersamaan 28 November 2021


Dengan hormat merujuk kepada siaran akhbar Jabatan Buruh bertarikh 03 Muharram 1443 bersamaan 13 Ogos 2021 mengenai dengan permakluman penghantaran permohonan melalui Peti-Peti Permohonan (dropbox).

2. Jabatan Buruh sukacita ingin memaklumkan pengemaskinian perkhidmatan iaitu bermula pada hari Rabu, 1 Disember 2021, perkhidmatan perjumpaan secara temu janji melalui tempahan akan dibukakan khususnya bagi:-

2.1 Majikan atau agensi pekerjaan yang telah dihubungi melalui email oleh pihak Jabatan bagi penyerahan Resit Penyata Banci Majikan/Pekerja 2021;
2.2 Kaunter aduan di Bahagian Penguatkuasaan;
2.3 Kaunter Kewangan;
2.4 Kaunter Pampasan Pekerja;
2.5 Kaunter Agensi Pekerjaan;
2.6 Pejabat-pejabat cawangan di Daerah-Daerah;
2.7 Perjumpaan dengan pegawai di Bahagian Lesen Pekerja Asing; dan
2.8 Perjumpaan dengan pegawai di Bahagian Lesen Pekerja Domestik; 

3. Perkhidmatan menghadapkan permohonan-pemohanan melalui peti permohonan (dropbox) masih    dikekalkan.

4. Bagi membuat temu janji (appointment), orang ramai adalah dinasihatkan untuk menghubungi melalui e-mel info.buruh@buruh.gov.bn atau menghubungi bahagian-bahagian berkenaan di nombor-nombor Talian Telefon seperti berikut:

BIL.
​BAHAGIAN
NOMBOR PERHUBUNGAN
​1.
Bahagian Kewangan
2383 006 ext 2301/2302/2300
​2.
Bahagian Lesen Pekerja Asing
2383 006 ext 3211/3200 / 8363 244
​3.
Bahagian Lesen Perkhidmatan Domestik             
2383 006 ext 3103/3104
​4.
Bahagian Agensi Pekerjaan                                    
2383 006 ext 1074/2102
​5.
Bahagian Pampasan
2383 006 ext 2203/2205
​6.
Bahagian Kajian dan Perangkaan (Banci)
2383 006 ext 4503/4504
​7.
Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang
238 1848 / 729 8989
​8.
Jabatan Buruh Cawangan Daerah Belait
333 1549
​9.
Jabatan Buruh Cawangan Daerah Tutong
422 1408
​10.
Jabatan Buruh Cawangan Daerah Temburong
522 1256


5. Dalam mempastikan keselamatan dan kesihatan orang ramai yang berurusan dan para Pegawai dan Kakitangan Jabatan ini adalah dalam keadaan yang baik, orang ramai yang ingin berurusan di Jabatan Buruh adalah dikehendaki mengikuti prosedur operasi standard (Standard Operation Prosedur - SOP) yang telah ditetapkan iaitu seperti berikut:

5.1 Hanya individu yang bervaksin sepenuhnya dibenarkan memasuki bangunan; 
5.2 Hendaklah mengimbas Kod BruHealth yang disediakan di pintu masuk bangunan Jabatan Buruh sebelum memasuki bangunan. 
5.3 Hanya individu yang berkod BruHealth Hijau dan Kuning dibenarkan berurusan di Jabatan ini;
5.4 Memeriksa suhu badan; 
5.5 Hendaklah memakai sungkup muka; dan
5.6 Hendaklah sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal dan menjaga kebersihan.

6. Berdasarkan kepada garis panduan bagi perkhidmatan awam / kaunter pejabat kerajaan semasa fasa peralihan, juga dimaklumkan bahawa Jabatan Buruh akan menghadkan bilangan orang ramai yang berkunjung di premis pada satu masa yang sama iaitu 50% kapasiti bangunan dan cawangan-cawangan.


Jabatan Buruh
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
23 Rabiulakhir 1443H bersamaan 28 November 2021M




Attachments
Created at 30/11/2021 10:41 by Siti Samiah binti Haji Ismail
Last modified at 01/12/2021 14:39 by Siti Samiah binti Haji Ismail
-