Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

TAKLIMAT MENGENAI BORANG PENGESAHAN ALAMAT


Sabtu, 29 Rabiulakhir 1443H bersamaan 04 Disember 2021M

Jabatan Buruh hari ini telah mengadakan sesi taklimat mengenai Borang Pengesahan Alamat (BPA) antaralain berkaitan dengan perumahan pekerja kepada Ketua-Ketua Kampung di ke empat-empat daerah secara maya (virtual).

Sesi taklimat ini dibahagikan kepada empat sesi yang mana sesi pertama dan kedua adalah dihadiri oleh Ketua-Ketua Kampung dari Daerah Brunei Muara. Seterusnya, sesi ketiga adalah dikhususkan untuk Ketua-Ketua Kampung dari Daerah Tutong dan Temburong. Manakala sesi keempat kehadiran terdiri daripada Ketua-Ketua Kampung Daerah Belait. Kesemua kehadiran ketua-ketua kampung adalah hasil kerjasama bersama Pegawai-pegawai fokal Jabatan Daerah di seluruh Negara.

Tujuan utama taklimat ini adalah merupakan satu inisiatif Jabatan Buruh dalam mengemaskini Borang Pengesahan Alamat khususnya perumahan pekerja mengikut kesesuaian keadaan semasa dan jua sesuai dengan saranan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi mana-mana alamat yang dipohonkan adalah untuk disahkan dan dikenalpasti dari segi kesahihan serta kewujudan perumahan pekerja berkenaan di setiap Kampong.

20211206_Taklimat_BPA_1.jpeg20211206_Taklimat_BPA_4.jpeg


Attachments
Created at 06/12/2021 11:57 by Ahmad Asyraf Alwi bin Haji Abdul Halid/Abdul Khaliq
Last modified at 09/12/2021 14:26 by Ahmad Asyraf Alwi bin Haji Abdul Halid/Abdul Khaliq
-