Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SIARAN AKHBAR PENGEMASKINIAN PROSES PERMOHONAN MEMBAHARUI LESEN PEKERJA ASING (LPA) DAN KEMASUKAN PERKERJA ASING


1. Jabatan Buruh telah pun mengemaskinikan tatacara memproses pemohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) termasuk pengesahan tempat tinggal pekerja asing di sektor swasta semasa fasa Endemik COVIDs demi kearah memulihkan semula ekonomi negara ini khususnya dalam sektor food security, sektor pembinaan dan sektor runcit dan kedai makan.


2. Selaras dengan tujuan pihak Kerajaan di dalam memperbaiki serta mempercepatkan proses kemasukan pekerja asing, pihak Jabatan Buruh telah menyelaras akan keperluan-keperluan bagi permohonan baru dan membaharui Lesen Pekerja Asing (LPA) seperti berikut: -

2.1. Mempercepatkan dan menyelesaikan semua permohonan Lesen Pekerja Asing yang dihadapkan ke Jabatan berkenaan bagi sektor-sektor yang terjejas disebabkan kekurangan tenaga kerja terutama sekali sektor yang dikategorikan penting (essential ) dalam merangsang ekonomi negara;

2.2. Mengemaskini Borang Pengesahan Alamat seperti berikut:

2.2.1. Borang perakuan (declaration) majikan untuk mematuhi undang-undang, peraturan dan syarat-syarat yang digariskan oleh Jabatan Buruh.

2.2.2. Perakuan ini memastikan majikan untuk bertanggungjawab di dalam memberi perhatian terhadap kesejahteraan pekerja mereka dengan menyediakan tempat tinggal dengan mempunyai keperluan asas seperti bekalan air, keluasan bilik tempat tinggal dan kebersihan;

2.2.3. Menangguhkan sementara keperluan bagi majikan untuk menghadapkan gambar keadaan rumah dan bilik pekerja dan juga keperluan mendapatkan pengesahan Ketua Kampong;

2.2.4. Borang perakuan baru ini boleh dimuat turun melalui laman sesewang Jabatan Buruh www.labour.gov.bn mulai 22 Mac 2022.

3. Jabatan Buruh ingin memperingatkan para majikan bahawa sebarang pelanggaran syarat-syarat yang berkaitan dengan Perintah Pekerjaan 2009 atau Akta dan Peraturan-peraturan semasa pemeriksaan dan operasi dijalankan oleh Jabatan Buruh atau agensi-agensi penguaktkuasaan akan diambil tindakan undang-undang.

4. Untuk sebarang keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Buruh melalui talian 2380256 ext: 3211/3200 atau Watsapp 8363244 (semasa waktu bekerja atau melayari laman sesawang Jabatan Buruh www.labour.gov.bn

Jabatan Buruh
Negara Brunei Darussalam
26 Mac 2022

Attachments
Created at 28/03/2022 15:02 by Ahmad Asyraf Alwi bin Haji Abdul Halid/Abdul Khaliq
Last modified at 28/03/2022 15:05 by Ahmad Asyraf Alwi bin Haji Abdul Halid/Abdul Khaliq
-