Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS IBADAH KORBAN BAGI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI DALAMNYA BAGI TAHUN 1443H / 2022M ANJURAN JABATAN BURUH


1.        Majlis Ibadah Korban bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya anjuran Jabatan Buruh telah diadakan pada hari Selasa, 12 haribulan Zulhijjah 1443 bersamaan dengan 12 haribulan Julai 2022 bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidil Adha bertempat di Dewan Tripartite, Ibu Pejabat Jabatan Buruh, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan.

2.    Sebanyak empat (04) ekor kerbau telah dikorbankan pada tahun ini yang mana daging-daging korban tersebut telah diagih-agihkan kepada penerima asnaf / fakir miskin dibawah tadahan Mukim Berakas, Daerah Brunei dan Muara; peserta Ibadah Korban; dan warga kerja Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin Bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, selaku Tetamu Kehormat Majlis.

3.    Majlis turut diserikan dengan bacaan Takbir Hari Raya yang dibawa oleh Pasukan Takbir Jabatan Buruh, dan seterusnya Ceramah Khas Sempena Majlis Ibadah Korban yang disampaikan oleh Penceramah Undangan iaitu Yang Mulia Ustaz Muhd Yussof bin Abdul Majid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei Darussalam.

4.    Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.

 

01.jpeg 02.jpeg 03.jpeg


​Jabatan Buruh
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Negara Brunei Darussalam
12hb., Zulhijjah 1443H bersamaan 12hb., Julai 2022M


Attachments
Created at 30/11/2022 15:00 by Siti Samiah binti Haji Ismail
Last modified at 30/11/2022 15:07 by Siti Samiah binti Haji Ismail
-