Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SIARAN AKHBAR JABATAN BURUH - OPERASI SEJAHTERA 119/2022




Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh telah menjalankan Operasi Sejahtera 119/2022 di kawasan Kampung Menglait pada 17 Ogos 2022, bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan2009 dipatuhi oleh para majikan.


Hasil dari operasi berkenaan telah mendapati kesalahan di bawah Bab 80, Perintah Pekerjaan 2009 iaitu majikan gagal menyediakan tempat tinggal dan pengurusan kebersihan persekitaran dan Bab 81, Perintah Pekerjaan 2009 iaitu tempat tinggal tidak menurut peruntukan-peruntukan sebarang undang-undang yang bertulis.

Sebuah tempat tinggal pekerja asing di kawasan Kampung Menglait yang didiami oleh 12 orang telah didapati berada dalam keadaan tidak teratur dari segi kebersihan dan tidak selamat untuk didiami. Jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600.00 bagi kesalahan pertama dan $900.00 bagi kesalahan kedua. Majikan juga diarahkan untuk memindahkan pekerja-pekerja tersebut ke tempat tinggal yang memenuhi piawaian minima sepertimana yang telah digariskan oleh Jabatan Buruh.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya. Para majikan adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009. 

Untuk makluman lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja).


Jabatan Buruh,
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
20 Ogos 2022


Attachments
Created at 17/01/2023 14:53 by Siti Samiah binti Haji Ismail
Last modified at 17/01/2023 15:53 by Siti Samiah binti Haji Ismail
-