Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Highlights

PEMBUKAAN SEMULA PERKHIDMATAN KAUNTER DI JABATAN BURUH

panji2_highlights.jpg

Merujuk kepada siaran akhbar, Jabatan Buruh bertarikh 24 Mac 2020 mengenai penutupan semua perkhidmatan kaunter di Jabatan Buruh di keempat-empat daerah yang telah bermula pada 30 Rejab 1441 bersamaan dengan 25 Mac 2020 dan perubahan waktu untuk menghadapkan permohonan-permohonan. Seterusnya berikutan dengan perkembangan situasi COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Buruh ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter di Jabatan ini adalah dibuka semula bermula pada Hari Isnin, 28 Zulkaedah 1441 bersamaan 20 Julai 2020. 


Dengan pembukaan semula kaunter-kaunter perkhidmatan di Jabatan ini, Jabatan Buruh juga ingin memaklumkan bahawa penghantaran permohonan melalui Peti-Peti Permohonan tidak akan lagi digunakan bermula pada tarikh tersebut. Manakala, perjumpaan bersama pegawai-pegawai hendaklah membuat temujanji terlebih dahulu dengan menghubungi bahagian-bahagian yang berkenaan. Dalam pada itu, sukacita dimaklumkan kepada orang ramai yang ingin berurusan di Jabatan Buruh bahawa waktu perkhidmatan kaunter adalah seperti berikut:

Waktu Kaunter.PNG

Dalam memastikan keselamatan dan kesihatan orang ramai yang berurusan dan para Pegawai dan Kakitangan Jabatan ini adalah dalam keadaan yang baik, orang ramai yang ingin berurusan di Jabatan Buruh adalah dikehendaki untuk mengimbas kod QR yang disediakan di pintu masuk dan keluar bangunan Jabatan Buruh dengan menggunakan aplikasi Bruhealth sebelum dan selepas berurusan di Jabatan Buruh. Seterusnya, berdasarkan kepada garis panduan berkaitan dengan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, juga dimaklumkan bahawa Jabatan Buruh akan menghadkan bilangan orang ramai yang berkunjung di premis pada satu masa yang sama. Sebarang pertanyaan dan aduan serta perjanjian perjumpaan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menghubungi di Talian Jabatan Buruh atau melalui e-mel info.buruh@buruh.gov.bn Nombor-nombor Talian Telefon untuk dihubungi adalah seperti berikut:


NUMBER BAHAGIAN UNTUK DIHUBUNGI.PNG

Sekian disampaikan.

Attachments
Created at 27/07/2020 09:31 by Siti Samiah binti Haji Ismail
Last modified at 27/07/2020 10:04 by Siti Samiah binti Haji Ismail