Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Highlights

PEMBUKAAN SEMULA KAUNTER PERKHIDMATAN DI JABATAN BURUH


Jabatan Buruh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan ini memaklumkan bahawa semua kaunter-kaunter perkhidmatan di Ibu Pejabat dan cawangan Kuala Belait telah dibuka semula pada Hari Sabtu, Zulhijjah 1443 bersamaan 2 Julai 2022 dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi, dan 1.45 petang hingga 3.45 petang pada setiap Hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu. Sehubungan itu, perkhidmatan Drop-box adalah dengan ini dihentikan bermula pada tarikh tersebut.

Orang ramai yang berhasrat untuk membuat sebarang permohonan bagi perkhidmatan-perkhidmatan di Jabatan Buruh hendaklah menghadapkan Borang Permohonan berserta dengan dokumen-dokumen yang lengkap. Borang Permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang www.labour.gov.bn .

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi melalui e-mel info.buruh@buruh.gov.bn atau talian +673 2380 256 / 2381 907 / 2383 905 / 2383 006 bagi Ibu pejabat; dan +673 333 1549 bagi Cawangan Daerah Belait.

Attachments
Created at 29/11/2022 14:34 by Siti Samiah binti Haji Ismail
Last modified at 29/11/2022 14:34 by Siti Samiah binti Haji Ismail