Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Highlights

PERLAKSANAAN NATIONAL LABOUR MANAGEMENT SYSTEM (NLMS)




​Dengan hormat dimaklumkan bahawa. Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memperkenalkan National Labour Management System (NLMS) bagi menggantikan sistem berkaunter di Jabatan ini bagi memudahkan orang ramai dan agensi-agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Buruh menghadapkan permohonanbagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Buruh seperti permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) dan Lesen Perkhidmatan Domestik (LDP) secara dalam talian (online).​

Pelaksanaan sistem baharu ini akan dilaksanakan secara befasa untuk memastikan pelaksanaannya dapat berjalan dengan baik dan teratur seperti berikut:

1.1. Pendaftaran ke atas Sistem NLMS akan mula dibukakan kepada majikan yang memegang Lesen Pekerja Asing (LPA) dan Lesen Perkhidmatan Domestik (LPD) yang akan bermula pada hari Sabtu, 10hb., Ramadhan, 1444H bersamaan Olhb.,
April, 2O23M.

1.2. Tatacara menggunakan slstem ini adalah seperti berikut:

1.2.1. Pendaftaran Akaun

a. Bagi majikan yang sudah mempunyai Lesen Pekerja Asing (LPA) atau Lesen Perkhidmatan Domestik (LPD) hendaklah membuat pendaftaran melalui laman sesawang nlms.gov.hn dengan melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan iaitu maklumat keterangan diri sepertimana dalam Kad Pengenalan Pintar dan memberikan nombor telefon danalamat e-mel yang aktif bagi memudahkan perhubungan dan pengesahan.

b. Bagi orang ramai dan majikan baharu yang belum mempunyai Lesen Pekerja Asing (LPA) atau Lesen Perkhidmatan Domestik (LPD) hendaklah jugamembuat pendaftaran.

1.2.2. Pengesahan Maklumat Keterangan Pemohon, Lesen Syarikat, Lesen Pekerja Asing (LPA) dan Lesen Pefkhidmatan Domestik (LPD)

a. Bagi majikan yang sudah mempunyai Lesen Bagi majikan yang sudah mempunyai Lesen Pekerja Asing (LPA) atau Lesen Perkhidmatan Domestik (LPD),majikan akan dihubungi oleh Jabatan Buruh pada waktu pejabat bagi tujuan pengesahan maklumat yang dimasukkan dan para majikan adalah dinasihatkan untuk memastikan maklumat yang berkenaan adalah tersedia untuk dirujuk iaitu nombor pendaftaran ROCBN, nombor PJB (nombor LPA atau LPD) dan nama syarikat bagi memudahkan proses pengesahan.

b. Bagi orang ramai atau majikan baharu yang belum mempunyai Lesen Pekerja Asing (LPA) atau Lesen Perkhidmatan Domestik (LPD), mereka juga akan dihubungi bagi pengesahan maklumat dan pautan (link) akan dihantar melalui e-mel bagi membolehkanmereka mengaktifkan akaun dan membuat sebarang permohonan dalam talian.

1.2.3. Pengaktifan Akaun

Setelah menerima panggilan dari Jabatan Buruh, majikan akan menerima pautan (ink) melalui e-mel untuk mengaktifkan akaun. Para majikan adalah dikehendaki untuk mengemaskini butiran-butiran sepertimana yang dikehendaki di dalam sistem NLMS.

1.2.4. Pengesahan Makluqrat syarikat, Lesen PekerjaAsing (LPA) dan Lesen Perkhidmatan Domestik (LPD).

Majikan hanya akan boleh menggunakan NLMS bagi membuat sebarang permohonan secara dalam talian
setelah butiran-butiran yang telah dikemaskinikan disahkan oleh Jabatan Buruh. Jabatan Buruh sukacita mengingatkan kepada majikan-majikan yang memiliki lebih daripada satu Lesen Pekerja Asing dan telah melantik Pemegang Kad Urusan untuk menguruskan syarikat masing-masing untuk didaftarkan ke dalam NLMS. Manakala bagi majikan yang belum melantik wakil syarikat, hendaklah menghadapkan permohonan untuk melantik wakil syarikat melalui NLMS.

Maklumat mengenai tatacara pendaftaran ke atas sistem NLMS, boleh diperolehi melalui laman sesawang Jabatan Buruh www.labour.gov.bn dan bagi sebarang peftanyaan lanjut, bolehlah menghubungi ke tailan 2382 678 / 2380 256 / 2381 9O7 / 2383 905 /2383006. Kiosk-kiosk khas juga akan disediakan di kaunter, ruang legar Jabatan Buruh bagi memudahkan orang ramai untuk membuat pendaftaran dengan mendapat bantuan dari pihak Jabatan Buruh.





Attachments
Created at 17/07/2023 09:04 by Siti Samiah binti Haji Ismail
Last modified at 17/07/2023 09:09 by Siti Samiah binti Haji Ismail