Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER PERKHIDMATAN JABATAN BURUH

Selasa, 29 Rejab 1441H bersamaan 24 Mac 2020M

Berikutan dengan Sidang Media Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 20hb Mac 2020 berhubung dengan Permohonan untuk Mendatangkan Pekerja Asing ke Negara Brunei Darussalam. Sebagai salah satu usaha mencegah dan membendung penularan wabak penyakit COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan atas saranan Kementerian Kesihatan pada situasi masa kini, dengan ini Jabatan Buruh ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter di Jabatan Buruh di keempat-empat daerah akan ditutup buat sementara mulai pada hari Rabu, 30 Rejab 1441 bersamaan dengan 25 Mac 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Kaunter-kaunter perkhidmatan yang dimaksudkan adalah kesemua kaunter-kaunter permohonan Lesen Pekerja Asing, Lesen Pekerja Domestik, Kewangan, Banci Majikan dan Pekerja, Pampasan Pekerja, Agensi Pekerjaan, Pengesahan Alamat termasuk Kaunter Perjumpaan dan Aduan. Bagi permohonan kategori MEMBAHARUI Lesen Pekerja Asing dan Lesen Perkhidmatan Domestik serta perkhidmatan-perkhidmatan lain di Jabatan Buruh bolehlah dimasukkan ke dalam Peti Permohonan yang disediakan di ruang legar Jabatan Buruh dan cawangan – cawangannya. Waktu penghantaran permohonan adalah bermula dari jam 09.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 02.00 petang hingga 03.00 petang pada setiap hari (Isnin-Khamis & Sabtu). Tatacara menghadapkan dan mengambil keputusan permohonan di Jabatan Buruh bolehlah diperolehi di laman sesawang Jabatan Buruh di www.labour.gov.bn 

Sebarang keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel dan WhatsApp bagi pengambilan keputusan berkenaan. Para pemohon dinasihatkan untuk melengkapkan permohonan dan memberikan alamat e-mel dan nombor telefon bimbit dengan betul bagi kelancaran permohonan. 

Sebarang pertanyaan dan aduan serta perjanjian perjumpaan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menghubungi di Talian Jabatan Buruh atau melalui e-mel info.buruh@buruh.gov.bn


NUMBER BAHAGIAN.PNG

Kerjasama dan pertimbangan majikan-majikan dan agensi-agensi pekerjaan adalah diharapkan dalam sama-sama membendung penularan wabak penyakit COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.


 Sekian disampaikan


 Jabatan Buruh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Selasa, 29 Rejab 1441H bersamaan 24 Mac 2020M

Attachments