PENGESAHAN ALAMAT KEGIATAN PERNIAGAAN / PERUMAHAN PEKERJA
1) Majikan hendaklah mengisikan Borang Pengesahan Alamat Kegiatan Perniagaan dan Borang Pengesahan Alamat Tempat Tinggal/Perumahan Pekerja. 2) Setiap majikan hendaklah mengisikan Borang Pengesahan Alamat yang berlainan bagi setiap jenis kegiatan syarikat mengikut rujukan PJB.
3) Majikan hendaklah menyertakan Perjanjian Penyewaan tempat yang masih sah.
4) Tempat kegiatan hendaklah di bangunan / kawasan komersial.
5) Tempat tinggal/perumahan pekerja hendaklah mematuhi kehendak mana-mana undang-undang/peraturan bertulis di negara ini.
6) Jika tempat aktiviti perniagaan / tempat tinggal pekerja di atas Tanah Persendirian, hendaklah mempunyai syarat khas tanah bagi perniagaan atau perniagaan sampingan dan jugs hendaklah mempunyai kesiapan kemajuan (OP) dari ABCi.
7) Tempat aktiviti perniagaan / tempat tinggal pekerja hendaklah tidak ditempatkan di Rancangan Perumahan Negara/SkimTanah Kurnia RakyatJati dan Kampong Ayer.
8) Majikan hendaklah memaklumkan dan mendapatkan kebenaran dari Jabatan Buruh dengan mengisikan Borang Pengesahan Alamat ini jika ada sebarang tambahan alamat perniagaan, pejabat atau cawangan dan tempat tinggal pekerja.
9) Majikan hendaklah memaklumkan dan mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Buruh dengan mengisikan Borang Pengesahan Alamat ini setiap 2 tahun.
10) Borang ini boleh dihadapkan oleh majikan atau agensi pekerjaan yang berdaftar.
|