Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksServices - New Employment Agency

INISIATIF JABATAN BURUH AGENSI-AGENSI PEKERJAAN BARU DIMANA PENGAMBILAN PEKERJA DOMESTIK TIDAK MELEBIHI BND1500

Dalam usaha Jabatan Buruh untuk meningkatkan perkhidmatan kepada orang ramai di dalam pengambilan pekerja domestik, Jabatan Buruh telah membukakan tawaran bagi orang awam untuk mendapatkan Lesen Agensi Pekerjaan bagi Kategori A sahaja, tawaran tersebut dibukakan bermula 30hb November 2017 sehingga 30hb Disember 2017.

Diantara syarat-syarat asas yang dikemukakan bagi mendapatkan Lesen Agensi Pekerjaan Kategori A tersebut adalah:

  1. Pemohon / pemilik / rakan kongsi hendaklah terdiri daripada warganegara atau penduduk tetap sahaja;
  2. Lesen Agensi Pekerja tersebut hanya ditawarkan bagi Kategori A iaitu pengurusan pekerja domestic atau amah sahaja; dan
  3. Harga keseluruhan bagi memproses/ mendatangkan pekerja asing hendaklah tidak melebihi $1,500 bagi seorang pekerja.

     

    Beberapa permohonan telah pun diterima Jabatan Buruh dari orang awam untuk mendapatkan Lesen Agensi Pekerjaan Kategori A tersebut. Jabatan Buruh telah meneliti kertas kerja tawaran tersebut dan menemuduga setiap syarikat-syarikat berkenaan bagi mempastikan setiap butiran berkenaan dan tawaran yang dihadapkan akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai. Perkara-perkara yang diteliti antara lain termasuklah butiran-butiran perkhidmatan yang ditawarkan, tempoh jaminan atau warranty, tatacara menangani aduan majikan terhadap pekerja, butiran-butiran caj dan lain-lain. Empat (4) syarikat telah berjaya memenuhi syarat-syarat asas yang dikemukakan oleh Jabatan Buruh, agensi-agensi tersebut adalah:

SENARAI AGENSI-AGENSI PEKERJAAN BARU TAHUN 2018

NO.NAMA AGENSIALAMATNOMBOR TELEFON
1D'Maid 4U Employment AgencyNO. 4, SPG. 563, KG. LUMAPAS, MUKIM LUMAPAS, BRUNEI8744268/ 8242244
2Ganda Sakti Employment AgencyBANGUNAN HRHD, TINGKAT SATU, UNIT NO. 4, SPG. 102, KG. MULAUT, BRUNEI8183884
3Suyanti Sarji Employment AgencyBANGUNAN HJH SAERAH BT HJ LUKMAN, TINGKAT BAWAH, NO. 1C, SPG. 185-42, KG. KATOK, BRUNEI8846557/ 7119742
4Waqqash Employment AgencyUNIT 9, BLOCK B, SPG. 49-8-6, KG. JERUDONG, BG 3122, BRUNEI7178745

* Sila klik  link  berikut untuk maklumat terkini senarai agensi berkenaan.


Jabatan ini akan membuat pemantauan ke atas kegiatan agensi yang baru dilantik tersebut dari semasa ke semasa. Jika didapati pihak agensi tersebut memberikan caj harga melebihi dari caj harga yang ditetapkan iaitu BND1500, Jabatan Buruh akan mengambil tindakan yang bersesuaian termasuklah pembatalan atau penarikkan balik lesen agensi tersebut. Orang ramai juga bolehlah membuat aduan ke Jabatan Buruh jika agensi-agensi yang akan dilesenkan ini memberikan caj harga pengambilan melebihi dari caj harga yang telah ditetapkan.

Jabatan Buruh juga ingin menjelaskan bahawa inisiatif tersebut dimana harga yang dikenakan keatas perkhidmatan pengambilan pekerja domestik tidak melebihi BND1500 ini tidak akan di laksanakan ke atas Agensi Pekerjaan yang sudah berdaftar sebanyak 104 agensi pekerjaan atau pun Agensi Pekerjaan yang akan membaharui Lesen Agensi Pekerjaan mereka. Walaubagaimana pun, Jabatan ini akan terus meneliti semula dasar-dasar tersebut dari semasa ke semasa bagi melindungi kepentingan orang awam di Negara Brunei Darussalam.

 

Bagi mendapatkan maklumat terkini senarai agensi-agensi yang baru dilesenkan tersebut, orang awam bolehlah melayari laman sesawang Jabatan Buruh, di alamat: 

http://www.labour.gov.bn/SitePages/Services%20-%20Employment%20Agency%20List%20%20and%20%20Price%20List.aspx

atau 

http://www.labour.gov.bn/SitePages/Downloadable.aspx

atau menghubungi Bahagian Piawaian dan Agensi Pekerjaan, Jabatan Buruh melalui talian 2380256 ext 2102 atau emel kepada info.buruh@buruh.gov.bn.