Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNational Labour Management System (NLMS)

​​​​​​​
Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah memperkenalkan National Labour Management System (NLMS).


​APAKAH DIA NATIONAL LABOUR MANAGEMENT SYSTEM (NLMS)?

National Labour Management System (NLMS) adalah sistem atas talian (Online System) yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Buruh pada 1hb April 2023. Sistem ini menggantikan permohonan melalui kaunter perkhidmatan bagi memudahkan orang ramai dan para agensi-agensi pekerjaan, yang berdaftar dengan jabatan ini, menghadapkan sebarang permohonan. Antara perkhidmatan yang diberikan melalui sistem ini adalah permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) dan Lesen Perkhidmatan Domestik (LPD).

Orang ramai dan majikan yang hendak menggunakan sistem ini perlu memohon secara atas talian terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun pengguna NLMS. Bagi agensi-agensi pekerjaan pula, akaun pengguna akan diberikan setelah mendapat kebenaran dari Jabatan. 



BAGAIMANAKAH UNTUK MENDAPATKAN AKAUN NLMS? 

Dengan membuat pendaftaran ke dalam sistem NLMS ( https://nlms.gov.bn/​ ) dan pendaftaran hendaklah dilakukan sendiri oleh pemohon.



BAGAIMANAKAH CARA BAGI MEMBUAT PENDAFTARAN AKAUN NLMS ? 

Tatacara membuat pendaftaran akaun NLMS, sila klik Tatacara Pendaftaran Akaun NLMS

   

GARIS PANDUAN PENGGUNA NATIONAL LABOUR MANAGEMENT SYSTEM (NLMS)

                                 SILA KLIK ----------->    1.png



SOALAN-SOALAN LAZIM

Soalan-Soalan Lazim berkaitan National Labour Management System sila klik Soalan-Soalan Lazim


INFOGRAFIK TATACARA PENDAFTARAN AKAUN NLMS

     Tatacara Pendaftaran NLMS_1.png  Tatacara Pendaftaran NLMS_2.png Tatacara Pendaftaran NLMS_3.png Tatacara Pendaftaran NLMS_4.png