Text size :
ADVANCEDSEARCH
Pengemaskinian Dan Pelaksanaan Dasar Baru Perlindungan Insurans Perubatan Bagi Penduduk-Penduduk Tetap Dan Pemegang Pas-Pas Imigresen bagi Fasa Pertama telah mula berkuatkuasa pada 01 haribulan Julai 2025.
Untuk maklumat lanjut sila klik Mandatory Medical Insurance
Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh telah menjalankan Operasi Usai 02/2026 di Kampung Tungku Gadong pada 06 Januari 2026, bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Akta Pekerjaan, penggal 278 dipatuhi oleh para majikan.
Pemeriksaan ke atas kegiatan Bengkel Kimpal telah mendapati sebanyak 03 kesalahan di bawah Akta Pekerjaan, Penggal 278 yang dipercayai dilakukan oleh majikan iaitu Bab 86 Menempatkan pekerja-pekerja asing di kegiatan bukan di tempat yang diishtiharkan dan dibenarkan oleh Jabatan Buruh dan dua kesalahan di bawah Bab 112(2) Kesalahan melanggar syarat-syarat Lesen Pekerja Asing, pekerja asing didapati melakukan pekerjaan tidak selaras dengan jawatan yang dibenarkan iaitu pekerja berjawatan dibawah jaminan kegiatan penyelenggaraan dan pembaikan Kenderaan bermotor telah berkerja dan menyalahi jawatan sah mereka di kegiatan Bengkel Kimpal.
Jabatan Buruh telah mengadakan Jerayawara bersama Agensi-Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang pada hari Sabtu, 27 Ogos 2022 di Dewan Tripartite, Tingkat 1, Jabatan Buruh.
Jerayawara yang disertai oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja itu bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai khususnya majikan syarikat dan domestik dalam tanggungjawab majikan terhadap pekerja-pekerja di bawah jaminan mereka.
Jerayawara tersebut memfokuskan kepada majikan-majikan syarikat dimana mereka telah diberikan taklimat penerangan akan tanggungjawab majikan terhadap pekerja-pekerja di bawah jaminan mereka.
Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh telah menjalankan Operasi Sejahtera 119/2022 di kawasan Kampung Menglait pada 17 Ogos 2022, bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan2009 dipatuhi oleh para majikan.
Submit complaints about violations of the laws and regulations enforced by the Department of Labour.